Monday, May 16, 2011

Syamail Muhammadiyah - Imam Tirmizi

1. Sebuah buku terjemahan dari kitab asal karangan Imam Tirmizi dengan judul yang sama, Syamail Muhammadiyah.

2. Sebuah buku yang harus ada bagi setiap umat Nabi saw untuk mengetahui perihal-perihal berkaitan fizikal, perilaku, ibadah, kehidupan, hubungan sosial, dan akhlak insan mulia yang paling dicinta, Rasulullah Muhammad saw.

3. Syamail Muhammadiyah Keanggunanmu Ya Rasulullah adalah terbitan PTS Islamika Sdn Bhd dalam usaha mereka memberi kefahaman terhadap agama Islam dengan pendekatan dan bahasa yang moden supaya lebih mudah untuk dimesrai pembaca masa kini.

4. Didatangkan dalam versi hard cover, dengan kulit luar yang memikat, berserta dengan kandungan yang 'bersih', susunan hadis yang memudahkan pembaca membuat rujukan terhadap hadis-hadis yang dipaparkan, membuatkan buku ini tidak rugi untuk dimiliki.

5. Antara hadis-hadis yang dibicarakan di dalam buku ini adalah :
          1) Fizikal Rasulullah
          2) Khatam : Tanda Kenabian Rasulullah
          3) Rambut Rasulullah
          4) Cara Rasulullah Merapikan Rambut
          5) Uban Rasulullah
          6) Semir Rambut Rasulullah
          7) Celak Mata Rasulullah
          8) Pakaian Rasulullah
          9) 'Isy Rasulullah
        10) Kasut Rasulullah
        11) Sandal Rasulullah
        12) Cincin Rasulullah
        13) Cara Rasulullah Memakai Cincin
        14) Pedang Rasulullah
        15) Baju Besi Rasulullah
        16) Topi Besi Rasulullah Ketika Perang
        17) Serban Rasulullah
        18) Kain Sarung Rasulullah
        19) Cara Rasululah Berjalan
        20) Kain Penutup Kepala
        21) Cara Rasulullah Duduk
        22) Tempat Rasulullah Bersandar
        23) Cara Rasulullah Bersandar
        24) Cara Rasulullah Makan
        25) Jenis Roti Yang Dimakan Rasulullah
        26) Lauk Yang Dimakan Rasulullah
      
6. Selain dari itu terdapat juga hadis mengenai :
        27) Wuduk Rasulullah
        28) Doa Rasulullah Sebelum Dan Sesudah Makan
        29) Cawan Minum Rasulullah
        30) Buah-Buahan Yang Dimakan Rasulullah
        31) Minuman Rasulullah
        32) Cara Rasulullah Minum
        33) Wangian Rasulullah
        34) Cara Rasulullah Berbicara
        35) Cara Rasulullah Tertawa
        36) Cara Rasulullah Bergurau
        37) Syair Rasulullah
        38) Bual Bicara Rasulullah
        39) Cara Tidur Rasulullah
        40) Ibadah Rasulullah
        41) Solat Dhuha Rasulullah
        42) Solat Sunat Rasulullah Di Rumah
        43) Puasa Rasulullah
        44) Cara Rasulullah Membaca Al-Quran
        45) Tangisan Rasulullah
        46) Tempat Tidur Rasulullah
        47) Sifat Tawaduk Rasulullah
        48) Akhlak Rasulullah
        49) Sifat Malu Rasulullah
        50) Berbekam
        51) Nama-Nama Rasulullah
        52) Kehidupan Rasulullah
        53) Usia Rasulullah
        54) Kewafatan Rasulullah
        55) Harta Warisan Rasulullah
        56) Melihat Rasulullah Dalam Tidur

7. Sengaja saya tuliskan kesemua 56 bab di dalam buku ini supaya kalian dapat melihat betapa banyaknya hadis-hadis mengenai kelakuan Nabi saw yang telah dihimpunkan di sini.

8. Agar nanti timbul minat untuk memiliki sendiri buku ini buat dijadikan bacaan saat rindu terhadap Baginda saw.

9. Dan juga buat dijadikan panduan kepada kita untuk mengikuti sunnah yang telah ditunjukkan Nabi saw itu. Walaupun tidak semua tetapi ada sebahagiannya yang kita ikuti. Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Moga-moga ada ganjaran Ilahi buat kita yang berkehendak untuk menjadikan kehidupan Nabi saw sebagai contoh teladan dalam aktiviti seharian kita.

10. Satu perkara sahaja, mungkin kalau tidak memayahkan, penterjemah boleh memberikan sedikit keterangan atau nota kaki untuk lebih kefahaman para pembaca di kalangan orang awam. Supaya maksud hadis sampai dan tidak salah dimengertikan.

11. Secara keseluruhannya, buku ini wajar sekali dimiliki. Sedang beredar di kedai-kedai buku berhampiran, boleh juga dipesan lewat laman PTS, atau sahaja boleh kunjungi gudang PTS untuk harga yang lebih dahsyat murahnya!

Semoga beroleh manfaat dari bacaan.


4 comments:

Anonymous said...

kt mane nk beli?
keluaran dr sape?

melihat buku said...

saya beli dari PTS
http://www.bookcafe.com.my/my/islam-and-spiritual-my/syamail-muhammadiah-keanggunanmu-ya-rasulullah-hardcover-my.html

Anonymous said...

as salam,

boleh saya tahu PTS tu dimana lokasi nya.

Terima kasih

melihat buku said...

Batu Caves. Untuk alamat penuh boleh semak di laman mereka http://pts.com.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...