Klik Iklan

Fragmen Zine

Berus Gigi Menteri


Pada hari menteri menggenggam batang saya, dan membawa ke kaunter, saya merasakan kejapnya genggaman itu. Teguh dan penuh keyakinan saya dibeli oleh menteri. Membuatkan perasaan saya ketika itu sangat bangga, dan mengalir rasa dingin serta naim di dalam batang tubuh saya.

Bermula dari hari itu, saya telah memasang azam yang membulat untuk berbakti kepada menteri dengan bakti yang sebenar bakti. Walau hanya sebatang berus gigi, namun saya tetap akan bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa gigi menteri terjaga dan terpelihara dengan baik agar menteri bisa menjalankan tugasnya mentadbir negara dengan gigi yang bersih.

Setiap pagi, sebelum bertemu dengan mana-mana manusia, menteri akan mencapai batang saya terlebih dahulu. Meletakkan ubat gigi ke atas bulu saya, lalu menonyoh, memasukkan saya ke dalam mulutnya.

Bulu-bulu saya akan bekerja keras memberus dengan lembut setiap batang dari gigi menteri dan juga gusinya. Segala kotoran yang melekat akan saya nyahkan dari mulut menteri. Sisa-sisa makanan yang tertinggal, akan saya buangkan jauh-jauh.

Saya merupakan generasi berus gigi alaf baru. Tidak hanya memberus gigi, sebaliknya saya juga boleh bertindak membersihkan gusi, lidah dan pipi sekali gus. Kemajuan teknologi telah merubah penampilan kami dengan bentuk yang lebih aerodinamik.

Selain ubat gigi, bulu kami juga telah diperhalusi pembuatannya agar berupaya mencapai celahan gigi yang paling sempit, yang sering berkumpul bakteria di dalamnya, tanpa mencederakan gusi. Membuatkan pengguna berasa selesa.

Dan saya akan memastikan bahawa menteri berasa enak dan lega setiap kali menggunakan saya.

Lalu hari-hari berlalu, malam bertukar siang, siang berlari menjadi malam, bulan berganti sabit dan purnama, dan bintang berbilang masa untuk gugur, saya telah menjadi objek terpenting dalam kehidupan menteri.

Satu hari dalam hidup menteri tidak akan sempurna jikalau tidak menggunakan saya. Batang saya dipegang sehari tiga kali. Dan gigi menteri kini mula menyerlah dengan keputihannya, dengan cahayanya, dengan sinarnya.

Setiap kali foto menteri dipotret wartawan, beliau tersenyum lebar menunjukkan giginya yang laksemi lagi kirana itu, seolah mahu memberitahu,

“Lihatlah gigiku yang cantik yang diberus oleh berus gigi yang hebat!”

Dan ketahuilah bahawa berus gigi yang hebat itu adalah saya!

Saturday, January 7, 2012

Cekik - Ridhwan Saidi

1. Aci tak kalau saya kata inilah novel tersedap yang dibaca sepanjang tahun 2012, aci tak?

2. Walaupun baru membaca dua buah novel, satu Penyeberang Sempadan oleh sasterawan negara Anwar Ridhwan, dan dua novel Cekik oleh Ridhwan Saidi, perhatikan persamaan nama mereka, tetapi novel Cekik ini lebih mencekik bacaan saya banding dengan Penyeberang Sempadan yang memenangi Hadiah Sako 3 baru-baru ini.

Tuesday, December 13, 2011

Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid

1. Usai membaca novel terbaru dan terakhir bagi tahun 2011 Ramlee Awang Murshid ini, saya telah memilih beberapa nama pelakon untuk diberi penilaian oleh pengarah, jika novel ini mahu diadaptasi ke filem.

2. Tetapi saya tak berjumpa dengan mana-mana nama pelakon tempatan yang cocok untuk watak Alias. Mungkin elok juga diambil pelakon luar, Indonesia ke, untuk watak itu supaya filemnya lebih internasional.

Saturday, December 10, 2011

Pasca Haram - Sebongkah Batu di Kuala Berang

1. Umum mengetahui (kepada yang belum tahu) novel ini telah diharamkan penerbitannya.

2. Oleh Jakim atau mana-mana badan sekalipun, khalayak pembaca merasa terkejut, bahkan penulisnya sendiri, dengan pengharaman itu.

Thursday, December 8, 2011

Sang Pencerah - Akmal Nasery Basral

1. Kisah pendiri Muhammadiyah, sebuah organisasi Islam yang besar di Indonesia.

2. Yang sedari kecilnya bersuara lantang menentang sekalian tradisi bangsa yang kelihatan amat menyulitkan umat Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lihat Lebih Lagi

[Blog Penulis]

[Blog Agama]

[Blog Lain]