1. Agama Islam hadir beberapa dekad yang lampau dengan segala kesempurnaannya. Setiap lapangan dalam kehidupan telah diadakan dan ditunjukkan cara dan bagaimana ia harus dikendali dan diurusi. Baginda Nabi saw sebagai suri teladan yang terbaik hadir membawakan contoh-contoh untuk kita ikuti.
2. Buku ini, karangan Prof Dr Abdul Basith Muhammad as-Sayyid, melihat contoh dari sisi pemakanan yang telah diunjuk oleh Rasulullah saw.
3. Beliau merupakan seorang pakar kedoktoran dan biofizik yang sering melakukan terapi dan kajian-kajian terhadap hadis Nabi saw yang berkait dengan perubatan. Juga mendalami ilmu biokimia dan telah berjaya dalam mengubati bermacam jenis penyakit. Sering terlibat di dalam konfrensi antarabangsa seperti di Australia, Amerika, Belanda, dan negara-negara lainnya. Tatkala beliau menuliskan buku Pola Makan Rasulullah saw ini, ia adalah bertepatan dengan kepakaran dan keahlian beliau dalam bidang kesihatan.
4. Terdapat berbagai macam ilmu dan keterangan mengenai pemakanan di dalam buku ini. Yang mana ia tidak lari dari ayat-ayat Al Quran dan As Sunnah Nabi saw. Dari bab makanan menurut Islam, makanan sebagai ubat, makanan yang diharamkan, makanan yang dikhususkan untuk penyakit-penyakit tertentu, semua telah dicatitkan oleh penulisnya.
5. Antara yang menarik di dalam buku ini yang ingin dikongsi,
" Di antara petunjuk Nabi saw dalam hal minum adalah dengan menyesap (minum air dengan menempelkan bibir ke air) dengan bernapas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menenggak. Yang dimaksudkan menenggak adalah minum air dengan memberi ruang bagi udara untuk masuk ke dalam lambung. Sebab, masuknya udara bisa menyebabkan rasa sakit dan kembung serta menyulitkan gerak lambung yang imbasnya lambung kesulitan mencerna makanan. " (ms 94)
6. Selain daripada itu, turut dinyatakan beberapa jenis makanan, buah-buahan berserta dengan khasiat-khasiatnya yang baik untuk diamalkan pemakanannya.
" Keunggulan pisang adalah kerana ia banyak mengandungi vitamin A, B, dan C, dapat meringankan tekanan darah tinggi sebagai pengganti potasium. Sebutir pisang tiap hari penting sekali bagi anak kecil, kerana di dalam pisang mengandungi vitamin C, niasin, reboflafin dan siamin. " (ms 173)
7. Juga turut dimuatkan jenis makanan untuk golongan-golongan tertentu, contoh seperti wanita yang sedang nifas.
" Ruthab adalah makanan yang kaya sekali dengan unsur-unsur kalsium dan besi. Oleh karena itu, Allah swt menganugerahkannya untuk para wanita yang sedang nifas. Ruthab ini pun penting untuk memproduksi susu dan bayi yang menyusu, mengingat ia dapat mengganti zat-zat yang hilang dalam tubuh ibu ketika melahirkan atau ketika menyusui. " (ms 162)
8. Selain itu juga, di dalam bahagian 6 dari kandungan buku ini, disenaraikan beberapa makanan khusus untuk mereka yang menghidap penyakit-penyakit tertentu. Contohnya seperti diabetis, jantung, kanser, obesiti, dan bermacam lagi.
9. Sebagai masyarakat yang hidup dan membesar di dalam arus kemodenan ini, kita tidak dapat tidak akan dihambat dengan kesibukan yang menyesakkan sehingga terabai dengan apa yang telah dimakan oleh kita sendiri. Asalkan makan dan kenyang itu sudah memadai. Kerana itu kita melihat beraneka jenis restoran-restoran makanan segera yang tumbuh untuk 'memudahkan' kita yang sering tidak punya masa ini. Cuma tinggal telefon dan pesan, makanan pun sampai.
10. Sehingga kita mengabaikan kebaikan dan kemudaratan makanan tersebut kepada tubuh badan sendiri. Baru-baru ini kerajaan telah melarang penjualan nasi lemak di kantin-kantin sekolah yang didakwa boleh menyumbang kepada masalah obesiti. Kerajaan memandang serius perkara lemak yang berlebihan ini.
11. Bahkan bukan kerajaan sahaja, tetapi setiap individu juga tidak mahu menyimpan lemak yang berlebihan di dalam tubuh masing-masing. Tiada siapa yang mahu tampil gemuk di hadapan khalayak ramai. Bukan sahaja dipandang 'serong' namun turut menjadi bahan ejekan. Di samping menjadi tempat untuk penyakit-penyakit berhimpun.
12. Begitu sekali lemak ini tidak diingini sehingga kerajaan mengambil langkah mengharamkan makanan yang jelas 'kelemakkannya', seperti nasi lemak. Tetapi adakah cuma dengan nasi lemak sahaja dan rakyat akan hidup sihat?
13. Ada pula kini diterbitkan rancangan realiti berlumba siapa hilang lemak paling banyak dialah pemenang. Dan rancangan itu pula menjadi popular dengan segeranya.
14. Lantaran itu Islam telah mengajarkan mengenai pengambilan makanan yang tidak sahaja halal, tetapi juga toyibah. Dan buku ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan serta semakan dalam hal pemakanan kita seharian berpandukan ajaran Islam, yang merangkumi perkara halal dan toyibah itu.
15. Buku ini yang judul asalnya at-Taghdziyah an-Nabawiyah boleh didapati dengan mudah dikebanyakkan laman-laman sesawang yang menjual buku secara online. Taipkan sahaja judulnya di ruangan enjin pencari anda, dan biarkan google melakukan kerja selebihnya. Hadir dalam rupa yang serba putih berserta merah menyala, ia bukan sahaja cantik di luar tetapi juga cantik dan menarik di dalam.
16. Sebuah buku yang penuh manfaat, harus ada dalam tiap rak mereka yang dahagakan ilmu.

No comments:
Post a Comment