Tuesday, July 16, 2013

Yang Nakal-Nakal - Usman Awang

1. Memang nakal.

2. Panjatkanlah rasa terima kasih kepada Fixi kerana kesungguhan menghimpun 17 cerpen dan 8 sajak daripada Sasterawan Negara Usman Awang ke dalam sebuah buku.

3. Cerpen nakal yang saya suka, Betisnya Bunting Padi.



4. Seingat saya ada dua sahaja karya UA dalam rak. Satu, Tulang-Tulang Berserakan. Dua, Turunnya Sebuah Bendera. Jarang sekali dapat bertemu buku-buku UA di toko buku. Bahkan di kedai buku nadir sekalipun belum tentu jumpa. Ia nadir di dalam nadir.

5. Kini dengan terbitnya buku ini khalayak sekarang boleh membaca tulisan UA dari sisi yang nakal-nakal.

6. Cerpen-cerpen yang dipilih punyai nilai nakal yang sendiri-sendiri. Ada lucunya. Kadang bukan penulis yang nakal sebaliknya pembaca yang mengkhayalkan hal macam-macam. Seperti Betisnya Bunting Padi.

7. Cerpen yang berkisah tentang kesukaan seorang watak melihat kepada betis seorang teman. Setelah mengait bahasa indah-indah tentang keelokkan dan kebuntingan betis teman serta memuji kebagusannya, rupanya betis itu milik sahabatnya yang lelaki. 

8. Selain cerpen turut dimuatkan sajak di dalamnya. 

9. Sajak-sajak sinis tentang patriotisme dan produk buatan Malaysia. 

10. Ini koleksi wajib milik. Belilah sebelum habis.



3 comments:

ulasbuku said...

Saudara ada buku "Turunnya Sebuah Bendera"? Boleh tolong senaraikan kandungan cerpen di dalamnya?

melihat buku said...

1. Kalau Ajallah Sampai...!!!
2. Setelah Tahun 1948 (secebis dari pengalaman hidup)
3. Kenangan Jauh
4. Mulanya Dia Menjadi Mata-mata...
5. Sebuah Coretan
6. Menyambut Lawatan Ketua Tertinggi Barisan Pemuda
7. Kami Yang Terlibat
8. Untuk Malaya Merdeka
9. Tugas
10. Cinta Di Negara Hang Tuah
11. Dari Johor Bahru Ke Kota Tinggi
12. Setelah 1948
13. Kenalan Baru
14. Surat Dari Seorang Mata-mata
15. Koperal Tua
16. Menentang
17. Undang-undang Darurat
18. Turunnya Sebuah Bendera

Unknown said...

assalamualaikum. saya pelajar pra-universiti. saya ingin meminjam bku penyeberang sempadan daripada saudara. sudikah saudara membantu saya? hal ini kerana saya tidak mempunyai kemudahan untuk membeli buku tersebut. harap pihak tuan dpat membantu saya. terima kasih. sebarang maklum balas. emel saya : aequoi@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...