Saturday, December 8, 2012

Yahudi Mengapa Mereka Berprestasi - KH Toto Tasmara


1. Licik serta sarat tipu muslihat. Kita membaca banyak buku tentang bangsa Yahudi, kebanyakan yang diperolehi dari bacaan adalah tentang penipuan dan rancangan jahat mereka untuk menguasai dunia.

2. Perang Dunia Pertama, Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan banyak lagi rencana yang dirancang Yahudi bagi mengukuhkan kuasa mereka dan memastikan setiap bangsa dan negara akan tunduk di bawah telunjuk mereka.

3. Ketika membaca tentang semua helah itu, satu yang kita harus sedari dan setujui, mereka para Yahudi memiliki kecerdasan dengan segala kelicikan melebihi bangsa lain. Buku ini hadir untuk memberi beberapa pencerahan tentang di mana asalnya kebijakan bangsa Yahudi itu.



 4. Pertama-tamanya yang menarik mengenai buku ini adalah ia datang dalam hardcover dan kertas kuning yang harum.

5. Bab-bab awal buku menceritakan tentang sejarah umat Islam ketika zaman kegemilangannya di Andalusia. Tahun 1492 menyaksikan kejatuhan umat Islam kepada Kristian dan sekali gus bangsa Yahudi yang berada di situ turut dihalau keluar. Dari situ buku ini memulakan sejarah kecerdasan Yahudi.

6. Sejarah panjang penderitaan demi penderitaan mengajar bangsa Yahudi tentang kental jiwa dan semangat. Mereka percaya dengan mitos bangsa pilihan Tuhan dan meyakini Tuhan selalu membantu mereka. Kerana itu mereka tidak berkahwin dengan selain Yahudi demi menjaga keyahudian mereka dan demi mengekalkan kelebihan sebagai umat terpilih.

7. Buku ini juga melihat cara Yahudi mewariskan genius mereka kepada zuriat selain dari kegeniusan yang diperolehi menerusi genetik. Kita semua mengerti bagi mewujudkan generasi yang tinggi IQnya, pendidikan sejak kecil amat penting. Bagi keluarga Yahudi anak-anak sedari usia 6 tahun telah dihantar ke Yeshiva, sebuah sekolah agama yang mengajarkan pelbagai ilmu oleh rabbi. Mirip kepada sekolah tadika di negara kita. Hanya sukatan pelajarannya beza.

8. Mereka juga punyai apa yang digelar Bar Mitzvah (lelaki), Bat Mitzvah (wanita). Ia adalah satu ritual menyambut anak kecil memasuki alam dewasa. Lelaki pada usia 13 manakala wanita pada usia 12 tahun. Pada usia ini mereka akan memikul tanggungjawab untuk diri sendiri dan dilayan seperti seorang dewasa dengan panggilan gadol. Mungkin dalam suasana kita, ia semacam akil baligh tapi tidak diraikan dengan upacara-upacara. Selain kanak-kanak diajar untuk berfikir sebab dan akibat sesuatu perkara, ia juga menjadikan kanak-kanak lebih bersedia memikul kewajipan sebagai seorang Yahudi.

9. Buku ini juga menulis tentang persaudaraan yang erat antara Yahudi. Tolong-menolong, kerjasama. Keterikatan mereka. Bahkan setiap anak kecil mempunyai sebuah tabung yang pada satu-satu masa wang tabungan itu akan didermakan kepada yang meemerlukan, terutama sesama Yahudi. Sejak kecil perasaan cinta dan kasih antara mereka telah dipupuk.

10. Disebut juga tentang pengaruh kitab kedua mereka yang dilihat lebih berkuasa berbanding Taurat iaitu Talmud. Sebuah kitab rasialis yang  menghimpun kata-kata dan tafsiran para rabbi terhadap Taurat. Di dalam Talmud inilah yang mendidik Yahudi tentang mulianya bangsa mereka, tentang hinanya goyim (non-Yahudi) sehingga tarafnya seperti binatang. Tentang betapa menyakiti seorang Yahudi bersamaan menyakiti Tuhan.

11. Selain itu buku ini juga menyenaraikan tokoh-tokoh besar Yahudi yang sumbangan mereka terhadap dunia dihargai melalui anugerah Nobel. Juga menyenaraikan para filsuf, cendikiawan yang nama mereka dikenali setiap penjuru dunia. Antaranya ialah Albert Einstein, Karl Marx, Noam Chomsky, Sigmund Freud dan ramai lagi. Juga usahawan-usahawan Yahudi antaranya Michael Dell – Dell Computers, Sergey Brin – Goolge, Steven Ballmer – Microsoft, Terry Semel – Yahoo dan ramai lagi.

12. Bila membaca buku ini, banyak maklumat baru tentang Yahudi dan sejarah serta sedikit catatan kehidupan mereka yang dapat diketahui bagi menjawab persoalan Yahudi Mengapa Mereka Berprestasi?

13. Penutupnya, buku ini tidak sahaja menulis tentang Yahudi walaupun tajuknya Yahudi. Di bab VI, di bawah tajuk Character Building penulis memberikan beberapa tip untuk kita sebagai umat Islam dapat juga berprestasi dengan mengikut petunjuk Al Quran dan As Sunah.




2 comments:

Welma La'anda said...

Saya juga memiliki buku ini tetapi gagal membacanya sehinga habis. Tewas di halaman pendahuluan.

Unknown said...

Pasti allah memberikan ustadz ganjaran yang lebih karena memberikan dakwah melalui buku ini, barokallah ustadz,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...