Wednesday, January 20, 2016

Politik Kandang - George Orwell

1. Buku 2/2016.

2. Bila mana para haiwan menghalau tuan tanah (manusia) dan membentuk kekuatan sendiri demi menjaga kandang mereka.

3. Perlahan-lahan mula kelihatan haiwan yang menonjol sebelum menjadi ketua haiwan dan mereka mula berpolitik di dalam kandang.


4. Tulisan yang sinis dengan lelucon hal politik binatang yang jika kita berdiam sejenak memikirkan, ia sama seperti halnya politik manusia.

5. Novel karya asal George Orwell dengan judul The Animal Farm terbit 1945 ini, babi diangkat sebagai seekor haiwan yang bijaksana mengatasi segala haiwan yang lain. Sehingga babi dengan sendiri melantik diri menjadi ketua. Sebelum, babi yang lain merancang rampasan kuasa.

6. Sebagai pembaca saya terhibur pada separuh pertama buku. Bacaan menjadi seronok melihat para haiwan cuba menguruskan serta membahagi-bahagi tugas menjadi kandang sesama mereka. Tanpa sedar mereka sebenarnya sedang diperbodohkan oleh si babi.

7. Saya mengharapkan suatu kejutan berlaku di dalam graf novel namun ia lebih bergerak secara terus tanpa mahu membabikan binatang babi yang lebih terlihat mengisi plot cerita. 

8. Barangkali ia sebuah satira politik yang mensasarkan seorang politikus atau sekumpulan pemain politik di dalam negaranya sewaktu zaman itu. Kerana itu ceritanya bergerak begitu dengan lompatan-lompatan kejadian di kalangan para haiwan yang seperti diada-adakan untuk mengisi lompong di dalamnya.





1 comment:

nur paliy said...

aslm.tuan/puan..ade x sumber untuk saya dapatkan novel s.othman kelantan "Jogho". saya sangat memerlukan nya untuk tujuan kajian phd saya..terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...