1. Licik
serta sarat tipu muslihat. Kita membaca banyak buku tentang bangsa Yahudi,
kebanyakan yang diperolehi dari bacaan adalah tentang penipuan dan rancangan
jahat mereka untuk menguasai dunia.
2. Perang
Dunia Pertama, Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan
Perdagangan Sedunia (WTO) dan banyak lagi rencana yang dirancang Yahudi bagi
mengukuhkan kuasa mereka dan memastikan setiap bangsa dan negara akan tunduk di
bawah telunjuk mereka.
3. Ketika
membaca tentang semua helah itu, satu yang kita harus sedari dan setujui, mereka
para Yahudi memiliki kecerdasan dengan segala kelicikan melebihi bangsa lain. Buku ini hadir untuk
memberi beberapa pencerahan tentang di mana asalnya kebijakan bangsa Yahudi
itu.
5. Bab-bab
awal buku menceritakan tentang sejarah umat Islam ketika zaman kegemilangannya
di Andalusia. Tahun 1492 menyaksikan kejatuhan umat Islam kepada Kristian dan
sekali gus bangsa Yahudi yang berada di situ turut dihalau keluar. Dari situ
buku ini memulakan sejarah kecerdasan Yahudi.
6. Sejarah
panjang penderitaan demi penderitaan mengajar bangsa Yahudi tentang kental jiwa
dan semangat. Mereka percaya dengan mitos bangsa pilihan Tuhan dan meyakini
Tuhan selalu membantu mereka. Kerana itu mereka tidak berkahwin dengan selain
Yahudi demi menjaga keyahudian mereka dan demi mengekalkan kelebihan sebagai umat
terpilih.
7. Buku ini
juga melihat cara Yahudi mewariskan genius mereka kepada zuriat selain dari
kegeniusan yang diperolehi menerusi genetik. Kita semua mengerti bagi mewujudkan generasi yang tinggi IQnya, pendidikan sejak kecil amat penting. Bagi keluarga Yahudi anak-anak sedari usia 6 tahun telah
dihantar ke Yeshiva, sebuah sekolah agama yang mengajarkan pelbagai ilmu oleh rabbi.
Mirip kepada sekolah tadika di negara kita. Hanya sukatan pelajarannya beza.
8. Mereka
juga punyai apa yang digelar Bar Mitzvah (lelaki), Bat Mitzvah (wanita). Ia adalah
satu ritual menyambut anak kecil memasuki alam dewasa. Lelaki pada usia 13
manakala wanita pada usia 12 tahun. Pada usia ini mereka akan memikul
tanggungjawab untuk diri sendiri dan dilayan seperti seorang dewasa dengan
panggilan gadol. Mungkin dalam suasana kita, ia semacam akil baligh tapi tidak
diraikan dengan upacara-upacara. Selain kanak-kanak diajar untuk berfikir sebab
dan akibat sesuatu perkara, ia juga menjadikan kanak-kanak lebih bersedia
memikul kewajipan sebagai seorang Yahudi.
9. Buku ini
juga menulis tentang persaudaraan yang erat antara Yahudi. Tolong-menolong,
kerjasama. Keterikatan mereka. Bahkan setiap anak kecil mempunyai sebuah tabung yang pada satu-satu
masa wang tabungan itu akan didermakan kepada yang meemerlukan, terutama sesama
Yahudi. Sejak kecil perasaan cinta dan kasih antara mereka telah dipupuk.
10. Disebut
juga tentang pengaruh kitab kedua mereka yang dilihat lebih berkuasa berbanding
Taurat iaitu Talmud. Sebuah kitab rasialis yang menghimpun kata-kata dan tafsiran para rabbi
terhadap Taurat. Di dalam Talmud inilah yang mendidik Yahudi tentang mulianya
bangsa mereka, tentang hinanya goyim (non-Yahudi) sehingga tarafnya seperti
binatang. Tentang betapa menyakiti seorang Yahudi bersamaan menyakiti Tuhan.
11. Selain
itu buku ini juga menyenaraikan tokoh-tokoh besar Yahudi yang sumbangan mereka
terhadap dunia dihargai melalui anugerah Nobel. Juga menyenaraikan para filsuf,
cendikiawan yang nama mereka dikenali setiap penjuru dunia. Antaranya ialah
Albert Einstein, Karl Marx, Noam Chomsky, Sigmund Freud dan ramai lagi. Juga
usahawan-usahawan Yahudi antaranya Michael Dell – Dell Computers, Sergey Brin –
Goolge, Steven Ballmer – Microsoft, Terry Semel – Yahoo dan ramai lagi.
12. Bila
membaca buku ini, banyak maklumat baru tentang Yahudi dan sejarah serta sedikit
catatan kehidupan mereka yang dapat diketahui bagi menjawab persoalan Yahudi
Mengapa Mereka Berprestasi?
13. Penutupnya,
buku ini tidak sahaja menulis tentang Yahudi walaupun tajuknya Yahudi. Di bab VI,
di bawah tajuk Character Building penulis memberikan beberapa tip untuk kita sebagai umat
Islam dapat juga berprestasi dengan mengikut petunjuk Al Quran dan As Sunah.
2 comments:
Saya juga memiliki buku ini tetapi gagal membacanya sehinga habis. Tewas di halaman pendahuluan.
Pasti allah memberikan ustadz ganjaran yang lebih karena memberikan dakwah melalui buku ini, barokallah ustadz,,
Post a Comment