1. Novel
memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 kategori Novel
Remaja.
2.
Mengisahkan pencarian seorang anak remaja di bumi Barat menelusuri sirah
hidupnya yang berakar di Asia, lebih tepat Malaysia.
3. Penulis,
Hafizah Iszahanid, cuba mengetengahkan isu Islamofobia dan mengangkat semangat
rasis bangsa orang putih terhadap bangsa-bangsa yang pernah dijajahnya. Juga
semangat kekitaan mereka yang angkuh.
5. Seawal
ini, penulis membawakan hal-hal karut kepercayaan orang kampung terhadap adat
berpantang. Sehingga kerana terlalu percaya adat tradisi daun inai dan berjemur
di terik matari pagi boleh menyembuhkan penyakit kuning, keluarga suami dan
suami sendiri enggan membawa salah seorang anak yang diserang jaundis yang
teruk ke hospital yang menyebabkan anak tersebut meninggal dunia pada usia baru
16 hari.
6. Dari
prolog itu, watak Scarlet dikembangkan. Membenci bumi Malaysia, kembali ke England
bersama suami dan satu-satu anak yang tinggal, Johan. Selepas suami meninggal
dunia, Johan dibesarkan dengan segala semangat kebaratan, dididik untuk
melupakan darah Melayu yang mengalir dalam tubuh. Tumbuhlah Johan sebagai watak
seorang anak muda di bumi Barat, berbicara Barat, berpakaian Barat, tetapi
berwajah Asia.
7. Apabila
meningkat dewasa, perasaan ingin mengenali susur galur makin menebal di dalam
dada. Ibunya semungkin boleh tidak mahu Johan mendekati atau mengenali apa-apa
yang berkaitan dengan adat dan budaya Melayu. Kerana luka lama masih terasa.
8. Namun
sebagai anak remaja yang memberontak, Johan perlahan-lahan cuba memasukkan diri
ke dunia Melayu dan Islam dengan perkenalannya dengan Hiza.
9. Hiza
adalah sebuah watak yang menarik. Seorang pelajar dari Malaysia yang sedang
menuntut di luar negara, tetapi tidak hilang nilai ketimuran dalam diri
sebaliknya berbangga dengan segala adat juga seni budaya bangsanya.
10. Dari
Hiza, Johan mula memahami tentang budaya Melayu dan agama Islam. Segala
tohmahan bangsa Barat terhadap orang Asia yang dilabelkan sebagai masyarakat
kelas kedua, adalah tidak tepat sama sekali.
11. Novel
bercerita mengenai perbezaan budaya dan agama yang seolah sengaja dilupakan
oleh Barat bagi mewajarkan gerakan Islamofobia di sana. Islam dipandang agama
yang ganas, tidak berlaku adil, terutama terhadap wanita.
12. Mereka
sengaja memalingkan wajah untuk tidak melihat keindahan Islam sebaliknya
menjadikan budaya yang terpesong nilai manusiawi itu sebagai salah satu ajaran
Islam.
13. Hiza
mengajarkan banyak perkara tentang Islam dan kebudayaan bangsa Melayu kepada
Johan sehingga Johan bertambah kagum dan berminat untuk mengetahuinya lebih
mendalam.
14. Novel
juga bercerita tentang sebuah cinta sejati antara Chris dan Daseemah. Berlainan
budaya, berlainan agama, namun kerana cinta mereka tetap ingin bersama walaupun
mendapat halangan dan ugutan dari keluarga Daseemah.
15. Kerana
cinta mereka juga, Johan telah terlibat dengan satu pergaduhan untuk
mempertahankan Chris, lalu ditangkap dan dilokap.
16. Apa
yang dapat pembaca, terutama remaja, belajar dari novel ini adalah tentang
mengenal kebudayaan bangsa. Apa yang dapat dibaiki pula oleh novel adalah kulit
luarnya. Mungkin boleh lebih meriah berbanding warna hitam dengan berlampu
suram pada sebuah masjid dan seorang manusia sedang berjalan menujunya.
No comments:
Post a Comment