Saturday, September 1, 2012

Bayang - Nami Cob Nobbler

1. Semuanya tentang halusinasi.

2. Watak utamanya membawa seluruh pembaca bersama dalam dunia yang dicipta.

3. Skizofrenia adalah sejenis penyakit mental yang membuatkan penghidapnya mengalami semacam gangguan fikiran dan emosi sehingga yang realiti ternampak fantasi dan sebaliknya.

4. Novel ini berkisarkan mengenai watak Faris yang menjalani zaman kanak-kanak dengan penuh titik hitam. Didera pakcik berserta dua orang anaknya, Faris membesar dengan dendam di dalam dada.

5. Sebagai penghidap skizofrenia, Faris mempunyai karakter yang berbeza. Satu sebagai dirinya sendiri, satu lagi mewakili sesuatu yang diidamkan tetapi tidak dimiliki di dunia nyata, yang sering digambarkan melalui watak Comrade Jack pemerintah Republik Sosialis Soviet Delta.

6. Bab-bab seterusnya adalah halusinasi si Faris. Bagaimana dia menciptakan watak Adleen menjadi kekasih segeranya, merekakan plot Adleen diperkosa oleh dua orang anak pakcik yang menderanya, sehingga dia mempunyai satu alasan yang kuat untuk membalas dendam. Satu dendam ke atas dirinya. Satu dendam ke atas kekasihnya.

7. Seperti kebanyakkan cerita halusinasi yang pernah kita baca, beberapa bahagian novel ini sudah boleh dijangka. Contoh, watak-watak yang Faris reka, situasi-situasi yang sedang berlaku, kita tahu itu hanya imaginasi Faris sahaja.

8. Kekuatan novel ini bagi saya kerana gaya penulisnya. Gaya Nami seperti komen-komen di Goodreads.

9. Dengan ilmu kejiwaannya, dengan kerajaan sosialisnya, novel ini agak menarik.

10. Seorang kawan di Twitter bertanya tentang bintang, saya beri 3.62 untuk novel Bayang-Nami Cob Nobbler.

*Atas lantai ada sebuah lagi novel Nami yang belum dikoyakkan plastik pembalutnya. Awek Chuck Taylor.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...