Saturday, July 7, 2012

Kasut Biru Rubina - Sufian Abas

1. Bulan lepas, semasa berlangsungnya pesta buku alternatif di Annexe Gallery, saya sudah setkan sebuah buku yang harus dibeli, mana-mana buku karya Sufian Abas.

2. Dan saya pulang dengan menjinjing Kasut Biru Rubina.

3. Ia sebuah buku lama, terbit 2008. Banyak edisi sebelum ini dan yang ada di tangan saya, mungkin, edisi terbaru.

4. Usai membaca saya buka Goodreads baca komen pembaca lain.

5. Satu komen yang saya suka, atau satu perkataan dari komen yang saya suka, absurd.

6. Tapi sejurus kemudian datang suara itu lagi. 'takkan kamu suka hanya kerana ia absurd?'

7. Saya tak layan suara itu. Mungkin Kasut Biru Rubina bukan karya yang dapat mengubah masyarakat planet Bumi menjadi lebih baik, tetapi disebalik cerita-cerita pendek yang termuat di dalamnya, saya percaya ia mengandungi cahaya pencerahan yang suram buat menyuluh lorong yang hitam. 'Perghh' kata suara itu.

8. Nak kata suka pun, saya belum dapat mengukur tahap kesukaan terhadap buku ini. Namun ia tidak menyekat saya untuk membeli lagi tulisan Sufian Abas yang lain. (mungkin sebuah dua lagi tulisan terbaru, sebelum boleh memutuskan untuk terus beli atau langsung berhenti)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...