Thursday, December 1, 2011

Rentong - SN Shahnon Ahmad

1. Yang memberikan semangat dan nasihat untuk Shahnon Ahmad menulis novel pertamanya ini adalah sahabatnya, Kassim Ahmad.

2. Pernah difilemkan dengan judul Harimau Harimau arahan Salleh Ben Joned.

3. Diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, Rope Of Ash. Juga telah diterjemah ke dalam bahasa Mandarin dan bahasa Jepun.

4. Rentong adalah kisah kehidupan masyarakat di dalam sebuah kampung, Banggul Derdap, yang menjalani hidup dengan penuh ketidakamanan, hasad dengki, serta saling memusuhi.

5. Cerita yang mengangkat ketokohan seorang ketua kampung, Pa' Senik, dalam mengawal serta berusaha mengekalkan keharmonian di antara anak buahnya.

6. Kekuatan penulis mengawal bahasa serta pergerakan plot ceritanya begitu menyentuh emosi pembaca sehingga pada satu ketika saya tidak dapat menyangka adakah benar Semaun yang sering membuat onar di dalam kampung atau watak lain yang mengakibatkan Semaun bertindak sebegitu.

7. Penulis bermula dengan menulis mengenai pandangan orang kampung tentang watak Semaun yang jahat, suka buat kacau, tak campur masyarakat. Kemudian dalam bab seterusnya, penulis membawa pembaca mendalami watak dan diri Semaun pula. Sehingga dari situ pembaca mula dapat mengetahui bahawa setiap pandangan dan lontaran kata-kata keji orang kampung terhadap Semaun dan keluarganya adalah tidak benar.

8. Dogol merupakan watak antagonisnya. Yang selalu membuat fitnah dan mengadu domba orang kampung lainnya terhadap keluarga Semaun. Dogol yang telah mengakibatkan Semaun berkelakuan ganas dengan tindakannya tidak membahagikan lembu-lembu pemberian kerajaan kepada orang kampung dengan adil. Semaun tidak diberinya seekor lembu pun.

9. Apa yang dirasa setelah menamatkan novel ini? Cuma satu yang bermain di fikiran, bagaimanakah penerimaan khalayak pembaca terutama masyarakat kampung pada ketika itu dengan novel ini.

10. Kerana bagi saya novel ini mampu untuk berbicara secara tidak langsung kepada pembacanya agar selalu berwaspada terhadap cerita-cerita fitnah yang sering menjadi topik hangat di warung-warung kopi.

11. Sebagai pembaca saya seronok membacanya.



6 comments:

airina said...

phewittt sudah cukup 50 buah buku!yeahhhh tahniah MB :)

Tetamu Istimewa said...

Salam ziarah. Tahniah kerana menjadikan buku sebagai teman. Saya tertarik dengan entri yang berkaitan dengan novel Shahnon Ahmad. Sudah lama saya mencari novel-novel ini tapi tidak menemuinya. Sudilah jengah ke blog saya.

Mohd Ridzuan said...

Salam saudara,

saya ingin bertanya kepada saudara, di mana boleh saya dapatkan karya-karya penulisan sasterawan Shahnon Ahmad? Agak sukar saya jumpa karya-karya beliau di kedai buku seperti MPH atau Popular. Antara buku yang saya ingin miliki -

1. Detik-detik diri di daerah daif
2. Ranjau sepanjang jalan
3. Srengenge
4. Seketul hati seorang pemimpin
5. Seluang menodak baung
6. Rentong

boleh saudara bantu saya?

melihat buku said...

Susah untuk dinyatakan sebenarnya. Kadang secara tidak sengaja saya berjumpa kedai-kedai online yang menjual buku Pak Shahnon ini.

Cubalah cari-cari di mudah.my

Atau cuba di amcorp mall, PJ. Atau di Chow Rasta, Penang. Atau mana-mana kedai yang menjual buku-buku lama

Mohd Ridzuan said...

saya pun dah lama mencari buku2 tulisan Pak Shahnon ni..tapi entahlah, karya2 terbaik sasterawan yg lama2 mcm Pak Shahnon, S. Othman Kelantan, dan lain2 mmg susah sgt nak dpt sekarang..kenapalah publishernya cetak sikit sgt buku2 macam ni..?haishhh...

Anonymous said...

Saya pnjam buku2 tuh kat library Unvrsiti Malaya jek..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...