Saturday, December 10, 2011

Pasca Haram - Sebongkah Batu di Kuala Berang

1. Umum mengetahui (kepada yang belum tahu) novel ini telah diharamkan penerbitannya.

2. Oleh Jakim atau mana-mana badan sekalipun, khalayak pembaca merasa terkejut, bahkan penulisnya sendiri, dengan pengharaman itu.

3. Saya ada menulis entri tentang novel ini sebelum ia menjadi haram. Sini.

4. Membaca review seperti itu pasti tiada satu kewarasan pun untuk mengharamkan cereka yang semacam itu. Namun sebalik cerita sekumpulan pelajar membikin dokumentari drama itu, di awal-awal bab, novel ini ada mengisahkan tentang sejarah kemasukan Islam ke Nusantara.

5. Mengapa novel ini, dan beberapa buku lain diharamkan tidak pula dinyatakan alasannya. (untuk senarai lengkap boleh rujuk blog themalaysianreader) Untuk komen PTS sebagai penerbit, boleh rujuk sini.

6. Tapi sebagai pembaca, saya merasakan hal pengharaman itu punya kaitan dengan tulisan Faisal Tehrani di dalam novel ini pada muka surat 52-57.Mungkin. Mungkin dijadikan alasan buat diharamkan. Mungkin.

"Sebahagian besar ulama yang datang membawa Islam ke Sumatera adalah pengikut dan penganut mazhab Jafari." ms 52

"Penganut mazhab Jafari dan Syafii hidup bersama di Nusantara khususnya Sumatera dengan damai." ms 55

"Secara umumnya masyarakat ahlus sunnah wal jamaah di Nusantara dirujuk sebagai tasyayyu' hasan atau golongan ahlus sunah wal jamaah yang berkecenderungan moderat kepada pengikut Jafari." ms 55

7. Mungkin nada-nada Syiah di situ yang membuatkan ia diharamkan?

"Ini kerana asasnya ahlus sunah wal jamaah memiliki kecintaan yang sama dengan golongan Jafari kepada keluarga Nabi Muhammad dan kebencian yang sama kepada musuh-musuh ahlul bait dalam dinasti Umayah yang melakukan kezaliman ke atas rakyatnya sendiri." ms 55

8. Saya seronok membaca novel ini sehingga tak terasa apa-apa yang haram dengannya. Mungkin pihak yang bertanggungjawab mengisytiharkan haram mempunyai sisi bacaan yang beza, sehingga nampak perkara-perkara yang sesat lagi menyesatkan di dalam novel ini.

9. Sehingga kini, hari ini, menurut Puan Ainon, belum ada apa-apa surat rasmi yang diterima dari mana-mana pihak berkenaan pengharaman novel ini. Pihaknya akan meneruskan jualan seperti biasa.

10. Bagi anda yang belum memiliki, lekas-lekas habiskan baki stok yang ada. Seperti biasa, barang-barang yang haram memang sangat laku.



8 comments:

khairul h. said...

Jika pihak JAKIM tidak bersetuju dgn versi sejarah Faisal Tehrani (FT), saya rasa mengharamkan karyanya adalah tindakan yang ekstrem. Apa? Adakah mereka khuatir pembaca akan terpesong dengan isi muka surat 52-57? Mereka tidak sedar ke bahwa itu karya fiksyen? Bukannya seolah-olah FT menghina Nabi atau para Sahabat.

Pengharaman ini telah mendedahkan kepada rakyat khususnya yang ulat buku tahap kedengkelan fikiran pihak JAKIM.

SiZ said...

Mana agaknya leh dptkn buku ini....terus teruja untuk membacanya....

melihat buku said...

Khairul H.

Orang yang baca untuk meraikan ia sebagai sebuah karya sastera, lain dapatannya. Orang yang baca untuk mencari sengketa, lain titik pertemuannya. Begitulah apa yang saya rasa.

SiZ

Cuba cari di web PTS. Atau kedai-kedai buku yang tak berapa nak besar, barangkali masih ada

Tetamu Istimewa said...

Salam, saya sudah baca novel ini. Ternyata novel ini bermutu. Entah ada sesiapa yang tidak puas hati. Nampaknya mata pena Faisal Tehrani sangat tajam. Ini perlu diakui.

melihat buku said...

Tetamu Istimewa,

Sudah ada page di FB yang mendesak untuk dihalalkan novel ini, boleh like sebagai tanda sokongan

SiZ said...

trimas!!!

Siti Salha Rosman said...

Ya, setuju. Barang-barang yang haram memang sangat laku..

khalish khadijah said...

assalamualaikum...
saya anggap ini sebagai satu ujian buat sdr Faisal tehrani untuk terus berkarya..saya tidak lihat dimana adanya hasutan Syiah atau kearah itu...pada hemat saya beliau sekadar ingin berkongsi info mengenai kedatangan islam itu sendiri...mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh beliau...dan seharusnya pihak berkenaan menilai dan meniliti dengan lebih mendalam..dan yang paling baik adalah memanggil sendiri penulis untuk memberi keterangan..dan pihak JAKIM tidak seharusnya menghukum tanpa menyiasat..wallahua'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...