Tuesday, August 2, 2011

Tentang - Saharil Hasrin Sanin

1. Dan Tentang ini pula adalah himpunan 50 esei dan tulisan terbaik Saharil yang dipilih dari blognya selama lebih satu dekad.

2. Penulis lain wajar menghadirkan rasa cemburu di dalam diri masing-masing dengan Saharil ini.

3. Ada dua jenis cemburu yang dibenarkan di dalam Islam.

4. Pertama, kepada mereka yang Allah berikan harta, kekayaan, dan digunakannya pada jalan kebaikan.

5. Kedua, kepada mereka yang Allah berikan ilmu pengetahuan, dan diajarkan ilmu tersebut kepada orang ramai.

6. Di dalam Tentang ini, Saharil menulis mengenai pelbagai perkara. Tentang kembaranya, tentang pengalamannya, tentang kanak-kanaknya, tentang perasaannya, tentang kehidupannya, dan beberapa tentang yang lain.

7. Apa yang menarik dengan Tentang ini adalah ia ditulis oleh Saharil. Apabila Saharil yang menulis, maka pembaca akan dihidangkan dengan suatu jamuan yang berbeza, unik, tersendiri, luar biasa, sarkastik, eksentrik, autentik, bombastik. (mungkin kedengaran agak berlebih-lebih)

8. Contoh, pada helaian 115, Tentang Switzwerland. Saharil berkisah tentang kembaranya di sana. Tentang Bandar Zurich. Tentang sejarahnya. Tentang keindahannya.

"Tasik Zurich tenang tak beriak, memantulkan pemandangan seluruh bandar di permukaannya. Ketika saya berdiri di pangkal Bahnhofstrasse (strasse ertinya jalan), hati saya takjub melihat keindahan bandar ini, gabungan kebesaran Tuhan dan ketamadunan manusia."

9. Di mana-mana Saharil berkelana, beliau merakamkan apa sahaja mengenai sesuatu tempat untuk dikongsi lewat tulisannya. Kepada yang berminat untuk menjadi penulis, mungkin cara seperti ini wajar ditiru. Sementelahan Saharil juga pernah mengatakan bahawa kita ini semuanya adalah peniru.

10. Dan buku Tentang ini sedikit sebanyak boleh kita jadikan panduan untuk meniru-niru gaya dan cara penulis yang menulis dengan pembawaan yang sedikit berbeza, yang penuh kritis dan matang seperti kata Allahyarham Othman Puteh.

11. Banyak lagi perkara-perkara yang menarik yang tak saya tuliskan mengenai buku Tentang ini. Selain sedang merangka-rangka tulisan untuk zine sendiri, saya juga berasa menulis review panjang-panjang pun tiada guna kalau orang tak beli.

12. Jadi, kesimpulannya buku ini memang menarik, wajar dibeli. Lekas beli!

13. *Berita terbaru yang didengar, buku ini telah sold out! Tetapi untuk lebih sahih tanya Sinaganaga



4 comments:

Anonymous said...

Betul, sudah sold out dan saya lewat mendapatkannya. Banyak ulasan yang mengatakan buku ini baik malangnya sudah habis.

melihat buku said...

Hantar mesej minta diadakan ulang cetak, :-)

saharil said...

terima kasih atas review.. stok baru sudah sampai hari ini. sudah boleh order semula di http://sinaganaga.blogspot.com/2011/05/tentang-dan-kentang-oleh-saharil-hasrin.html :)

sinaganaga said...

dan yang paling gampang - stok baru pun sedikit sahaja, keh keh keh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...