1. Seorang teman Goodreads memberi 5 bintang untuk buku ini.
2. 5 bintang itulah yang sebenarnya menarik, bagaikan magnet, keinginan saya untuk membaca buku ini juga.
3. Minda Tertawan Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa adalah tulisan yang mempersoalkan persoalan-persoalan seputar dunia akademik, golongan-golongan inteligensia yang semakin tidak memainkan fungsinya terhadap masyarakat dewasa ini.
4. Ditulis dan dikupas dengan pandangan-pandangan kritikal penulis, Raja Ahmad Aminullah, ia membawa pembaca ke sebuah dunia permasalahan para cendekiawan. Seperti tajuknya, Minda Tertawan.
5. Ditawan dan dibelenggu oleh beberapa sebab dan punca yang mana akhirnya mengakibatkan kelemahan dan kepincangan daya pemikiran dan intelektual masyarakat sendiri.
6. Antara lain isinya, penulis berpandangan bahawa para cerdik pandai harus lebih menonjolkan diri dalam berhadapan dengan sesuatu perkara yang menuntut akal dan fikiran mereka. Tidak boleh lagi terus tunduk dan duduk dalam kawasan serta lingkungan selamat yang selama ini telah mereka selesa dengannya.
7. Namun penglibatan meraka, para cendekiawan, harusnya pula tidak dipengaruhi oleh mana-mana kuasa, politik pemerintah, mahu pun pembangkang. Mereka perlu berpaksi kepada kebenaran dan keadilan dalam memperkatakan sesuatu isu. Tidak kerana gaji, tidak kerana pangkat.
8. Itu sebenarnya inti kepada buku ini. Rasa kesal penulis terhadap rakan-rakan yang tidak berani untuk tampil menghujahkan sesuatu kebenaran sesuai dengan kelayakkan ilmunya kerana takutkan seseorang atau kerana takutkan pendapatnya berbeza dengan parti politik yang dianutinya.
9. Dalam Islam juga sering ustaz-ustaz mengingatkan kita tentang ilmu yang ada pada seseorang, tetapi tidak disampaikan ilmu tersebut kepada khalayak ramai. Atau ada yang menggunakan ilmu mereka hanya untuk pulangan dunia, sekadar bersuara apabila suaranya itu memenangkan kaumnya, partinya, tetapi sebaliknya jika kebenaran yang datang tidak sama seperti apa yang diinginkan kaum juga partinya, mereka ini akan membisu, bagai tidak pernah dikurniakan suara kepadanya.
10. Dalam hal ini Allah swt membuat bandingan mereka ini seperti anjing. Boleh rujuk Al Quran surah Al-A'raaf ayat 175-176.
11. Buku ini ditulis dengan gaya persembahan penuh keintelektualan. Kata-katanya, contoh-contohnya, tokoh-tokohnya, idiom-idiomnya, sarat dengan lautan fikiran yang menuntut tumpuan yang tidak sedikit. Sementelahan buku ini adalah untuk kesedaran dan usaha membangkitan para cendekiawan dan pemikir di luar sana.
12. Memang menarik. Jarang sekali saya dapat membaca buku yang seperti ini. Ia semacam memberi pencerahan kepada sesuatu perkara, tetapi perkara sesuatu itu kita tidak tahu perkara apa, namun ia tetap menyeronokkan.
13. Boleh dimiliki lewat toko-toko buku popular. Semoga bermanfaat.

No comments:
Post a Comment