1. Ada lebih kurang 15 ilustrasi berbaur lucah.
2. Selebihnya tentang isu semasa, pengalaman penulis, ide-ide penulis, petua, horoskop, interview binatang, dan beberapa lagi ilustrasi lain yang menggeletek urat saraf pembaca.
3. Nama Saharil Hasrin Sanin adalah tidak asing lagi dalam dunia sastera tanah air, bagi yang mengikutinya, bagi yang tak ikut, memang asing.
4. Seorang yang waras fikirannya namun sering pula menulis/melukis tentang perkara-perkara yang berada diluar kewarasan fikiran pembaca. Mencabar pembaca, dan sesekali memprovok.
5. Baca sahaja apa yang ditulis Nazri M Annuar, penulis novel Karipap-Karipap Cinta mengenai Saharil ini,
"Dengar nama dia pun dah gerun! Perempuan boleh koyak rabakkan baju bila dengar namanya."
6. Buku Kentang ini adalah koleksi 172 ilustrasi terbaik dan terpilih Saharil yang pernah terbit di dalam blognya. Blog yang ditambah satu entri setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad.
7. Membaca tulisan/lukisan Saharil adalah tidak mudah. Beliau antara penulis yang gemar mempermainkan pembaca, memporak-perandakan emosi pembaca, mengucar-kacirkan perasaan pembaca.
8. Cerpen beliau, Air Mata Orang Kaya, sebagai contohnya. Beliau menuliskan mengenai seorang Tan Sri, kaya-raya, mewah berbelanja, tetapi sering mengalirkan air mata. Beliau membawa fikiran pembaca sehingga pembaca merumuskan bahawa air mata Tan Sri tersebut adalah kerana hatinya yang kosong, tidak puas dengan kekayaannya, kurang didikan agama, atau mungkin mengalami masalah rohani.
9. Tetapi kemudiannya Saharil menerangkan bahawa Tan Sri tersebut sebenarnya ada penyakit mata, yang mengakibatkan air matanya asyik keluar, tidak boleh dikawal.
10. Kemudian beliau menuliskan bahawa masalah sebenarnya adalah kita. Kita sering cemburu dan iri hati dengan kesenangan milik orang lain, sehingga mengharapkan yang buruk-buruk untuk mereka.
11. Selepas menjalani pembedahan, Tan Sri tersebut masih lagi menangis sebelum Saharil bercerita lebih lanjut bahawa air mata Tan Sri tersebut adalah kerana sedih melihat penindasan yang berlaku di dalam negaranya, sedih melihat kemiskinan dan kesukaran makhluk lain sedangkan dia hidup senang, lihat dialog Tan Sri dengan pemandunya,
"Kerana, walaupun negara kita sudah merdeka, rakyatnya masih terbelenggu."
12. Dan pembaca pun mengetahui bahawa Tan Sri tersebut adalah seorang hartawan yang baik hati, banyak menderma, tetapi masih bersedih dengan kesusahan hidup orang lain. Sehinggalah pada rangkap seterusnya Saharil sekali lagi mempermainkan pembacanya.
"Tetapi sebenarnya, Tan Sri menipu. Dia bersedih bukan sebab itu."
13. Lalu menuliskan bahawa Tan Sri itu bersedih kerana,
"Saya sebenarnya cemburu dengan orang fakir."
14. Dan dibawanya sepotong doa daripada Baginda Nabi saw yang bermaksud,
"Hai Tuhanku, hidup olehMu akan daku miskin, dan mati olehMu akan daku miskin, dan himpunkan olehMu akan daku di dalam himpunan segala orang miskin."
15. Tan Sri tersebut sebenarnya rindu akan Rasulullah, ingat duduk dekat dengan Baginda, ingat berjalan seiring dengan Baginda, namun kerana doa tersebut, Tan Sri merasa jauh sekali, tersisih sekali. Sebelum menyelesaikan semua dengan membawa masuk isteri Tan Sri yang menerangkan makna fakir di dalam doa tersebut,
"Abang ini, yang bukan-bukan sahaja. Kata Imam Ghazali, 'fakir' itu maknanya, ibarat ketiadaan mendapat barang yang berhajat kepadanya. Maka, kita semua fakir, sentiasa berkehendak apa yang kita tiada. Selagi hidup tidak lengkap dan kita berkehendak, selagi itu hidup bermakna bukan? Jika kita sudah ada semua, bayangkan betapa hambarnya hidup! Kalau begitu lebih baik dibelenggu kehendak."
16. Lihat bagaimana Saharil mencari kelainan di dalam tulisannya. Walaupun cerpen tersebut mengenai seorang Tan Sri, namun sebaliknya ia menceritakan tentang kita, yang gemar menghukum dan mencari kesalahan orang lain.
17. Begitu juga dengan buku Kentang ini, jangan lekas menghukum dengan ilustrasi-ilustrasi lucahnya. Mungkin Saharil tidak bermaksud lucah tetapi kita yang menampakkan ia lucah (?)
18. Kesimpulannya, Kentang adalah satu lagi produk dari Sindiket Sol-Jah. Dan kita tidak boleh lari dari mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah hadirkan buku-buku segar semacam ini buat kita, para pembaca.
19. Dan Kentang rasanya tidak lengkap jika tidak didatangkan sama dengan Tentang, sebuah buku himpunan esei dan tulisan Saharil di dalam blognya. Untuk entri buku Tentang, mungkin di lain hari.
Semoga beroleh bermanfaat.

6 comments:
saya suka baca blog dia..sangat hahahaha :D *skema tak saya punya komen?*
Dah agak dah! Pengomen di blognya dengan nama Nur Qalby itu adalah Nur Qalby ini
Beli online ke?
Ya saya, online. Tak pasti kedai-kedai buku ada jual buku ni ke tak.
Patutlah payah nak jumpa buku ni. Kena beli online juga la ni
Owh, saya tak suka bahagian lucah itu. Errr....
Post a Comment