1. Siapa pula yang tidak mengenali nama ini, Anwar Ibrahim?
2. Tidak kiralah kalian orang Keadilan, atau Pakatan Rakyat, atau orang kerajaan Barisan Nasional sekalipun, nama Anwar Ibrahim cukup terkenal. Pemain politik tanah air yang sangat popular.
3. Kita terpaksa akui, sebagai kawan juga lawan, bahawa Anwar Ibrahim (Dato' Seri) merupakan tokoh yang sangat berpengaruh dalam dan luar negara yang memiliki pesona tersendiri apabila berucap di khalayak ramai.
4. Buku, Gelombang Kebangkitan Asia ini diterjemah daripada edisi bahasa Inggerisnya, The Asian Renaissance terbitan Times Editions Pte. Ltd. dengan sedikit penambahbaikan.
5. Buku ini, edisi bahasa Melayu, cetakan pertama tahun 1997. Dikarang semasa Anwar Ibrahim masih bersama dengan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir, maka tidak hairan buku ini diterbitkan kembali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Juga buku ini dikeluarkan sebelum tuduhan-tuduhan liwat, zina, dan sebagainya ke atas Anwar Ibrahim, bermakna buku ini bebas dari segala apa-apa cerita membela diri Anwar Ibrahim terhadap perkara-perkara tersebut. Bermakna buku ini, walaupun ditulis oleh ketua pembangkang (2011), tetapi ia sedikit pun tidak menyentuh isu-isu yang 'tidak disenangi' oleh orang-orang kerajaan. Membawa maksud buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira parti. Yang pro-pemerintah, usah keberatan untuk memilikinya.
7. Buku ini membicarakan mengenai rantau Asia yang sedang menempuh jalan untuk menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi dunia. Gelombang kebangkitan atau nahdah Asia.
8. Segala cabaran, ujian, dan kesanggupan yang negara-negara Asia harus gagahi demi mencapai cita-cita bersama itu dinyatakan oleh Anwar Ibrahim di dalam buku ini.
9. Sarat dengan istilah-istilah ekonomi, falsafah-falsafah dunia, pandangan-pandangan tokoh berpengaruh dari pelbagai lapangan bidang, sejarah-sejarah silam, menjadikan buku ini sangat menarik untuk ditelaah.
10. Membaca buku ini bisa membuatkan pembaca mengagumi daya intelektual penulisnya. Sungguh luas, bernas, dan terkehadapan segala apa pandangan dan pemikiran yang diutarakannya.
11. Bab-bab di dalam buku ini adalah himpunan dari siri penulisan dan ucapan Anwar Ibrahim yang disampaikan di merata tempat. Sebagai contoh bab 'Timur dan Barat' merupakan syarahannya di Universiti Georgetown, Washington D.C pada 1994. 'Islam di Asia Tenggara' pula adalah rencananya yang diterbitkan dalam majalah Time keluaran 23 September 1996. Serta beberapa lagi ucapannya dan tulisannya yang diterbitkan di beberapa majalah antarabangsa seperti Far Eastern Economic Review, International Herald Tribune, dan Wall Street Journal.
12. Sebagai seorang pembaca yang membaca Gelombang Kebangkitan Asia, saya berasakan kesegaran dan kematangan dalam melihat dan memahamkan perkara politik dan ekonomi dunia serta kuasa-kuasa ke atasnya, walaupun tidak secara menyeluruh, tetapi tetap ada pencerahan yang dinikmati usai membaca buku ini.
13. Jika Anwar Ibrahim meneruskan menulis beberapa buah buku lagi, yang bersih dan jujur, serta segar seperti ini, mungkin manfaatnya akan lebih lekas diresapi oleh khalayak daripada siri ceramah politik yang 'kadang-kadang' disulami perkara-perkara fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh, yang membawa kepada perpecahan di dalam anggota masyarakat itu sendiri.
14. Tolak ke tepi kalian pengikut parti mana, tolak ke tepi dengan berita liwat serta video seks, buku ini berbicara perkara yang lebih besar manfaatnya dari perkara-perkara itu. Wajar dimiliki. Sukar barangkali untuk menemukan ia di toko-toko buku, namun boleh google sahaja judul buku ini, akan tersenarai beberapa kedai online yang menjualnya. Atau cari blog Kedai Hitam Putih, linknya di sebelah kanan blog ini, blog itu juga ada menjual buku ini.
Semoga bermanfaat.
Setiap undian anda didahului dengan ucapan terima kasih

No comments:
Post a Comment