1. Rata-rata pembaca yang saya google, berpuas hati dengan novel ini.
2. Ada yang kerana jalan ceritanya, ada yang kerana watak-wataknya, dan ada juga kerana gaya penulisan penulisnya.
3. Tetapi saya belum berjumpa satu ulasan yang menerangkan siapa sebenarnya Bohemian di dalam novel ini dan apakah yang cuba diketengahkan melalui Bohemian itu?
4. Bohemian seperti yang tertulis pada helaian awal novel ini bermaksud, orang (terutamanya orang seni) yang cara hidupnya tidak mengikut adat kebiasaan masyarakat di sekelilingnya. Juga bermaksud, insan seni yang selalunya mempunyai pandangan politik dan sosial yang tidak ortodoks dan anti-establishment.
5. Ok, saya tuliskan sedikit mengenai novel ini, seringkas dan sepadat yang mungkin. Supaya entri ini tidak menjadi panjang dan berjela, kerana saya pun bukannya suka membaca entri yang beribu patah perkataannya, jadi saya sedaya upaya akan mengelak daripada menjadikan entri ini entri yang panjang, entri yang jenuh untuk dihabiskan bacaannya.
6. Cerita dimulakan dengan prolog seorang tokoh korporat yang berjaya dalam bisnes yang diceburinya, bermula dari bawah sehingga menjadi CEO sebuah syarikat yang termasuk di kalangan 500 syarikat terbesar di dunia. Pendek kata, dahulu dia tak punya apa, sekarang apa-apa sahaja kepunyaannya.
7. Kemudian bab-bab seterusnya diceritakan mengenai Fadlan dan Nadira serta beberapa rakan sekeliling mereka. Fadlan merupakan seorang pemuzik jalanan yang secara tidak sengaja menyimpan satu bahan bukti bagi kes pembunuhan yang melibatkan seorang ahli korporat.
Nadira pula bertugas sebagai peguam yang mewakili seseorang yang mana dalam kes tersebut dia berlawan dengan syarikat guaman Nufail, yang mana merupakan sahabat baik kepada Fadlan. Dipendekkan cerita, jatuh hatilah kedua mereka. Dan kepada yang telah biasa membaca karya Imaen, akan tahu bagaimana beliau menulis, setiap tulisannya ada mesej dan nasihat, lebih-lebih lagi watak Fadlan digambarkan sebagai pemuda yang tahu agama, manakala Nadira pula seorang gadis moden yang pakai skirt nampak lutut.
8. Di sana sini diselitkan nasihat serta pengajaran bersama falsafah-falsafah melalui watak Fadlan, disamping meneruskan perjalanan cerita siasatan polis terhadap kes pembunuhan yang berlaku, yang bahan buktinya ada pada Fadlan.
Oleh sebab novel ini adalah novel yang telah diterbitkan sejak tahun 2008 lagi, bermakna sudah 3 tahun berada di pasaran, jadi agak ketinggalan jika baru kini, 2011, saya mahu menulis mengenai jalan cerita dan plot serta tema novel ini. Jadi, rasanya semua itu boleh dibaca pada blog-blog ulasan yang lain yang telah lebih dahulu mendahului saya membaca Bohemian ini. Saya lebih gemar untuk menulis mengenai makna disebalik Bohemian itu.
(Ah, baru mukadimah sudah poin ke-8)
9. Ok, sebagai penutup novel ini, penulis meletakkan epilog tokoh korporat di bahagian prolog tadi. Faham? Novel ini dibuka dengan prolog seseorang. Dan prolog itu tiadalah lengkap jika tidak diakhiri dengan epilog. Maka penulis menutup novel ini dengan epilog, epilog tentang tokoh korporat yang berjaya tadi. Datuk Jiman nama dia.
10. Pada bahagian epilog ini, Datuk Jiman diceritakan sudah berada di dalam penjara selama dua bulan di atas kesalahan merasuah, dan hukumannya adalah penjara selama dua tahun. *Untuk mengetahui lebih rinci mengenai bagaimana Datuk Jiman boleh ditangkap, sila dapatkan novel ini.
11. Ok, sekarang mari kita bedah sikit-sikit. Mula-mula penulis menggunakan kata ganti diri 'Aku' untuk penceritaan bahagian prolog. Penulis tidak menyatakan siapa 'Aku' di situ. Kemudian pada bacaan seterusnya penulis sekali lagi menggunakan 'Aku' untuk watak Fadlan. Sehingga ke akhir novel, watak 'Aku' itu kekal milik Fadlan. Watak yang digilai kebanyakan wanita di alam realiti, seorang yang berpendirian, beragama, pandai silat, aktif bersukan, dan pandai main gitar.
12. Sehingga akhir novel (sebelum epilog), saya bertanya-tanya adakah 'Aku' di prolog itu sama dengan 'Aku' watak si Fadlan? Tetapi jika mahu dikatakan sama, tiada pula cerita Fadlan bertukar kerjaya sebagai usahawan dan ditangkap kerana merasuah sepanjang cerita ini. Dan bila membaca epilog, baru pembaca diberitahu bahawa 'Aku' di bahagian prolog itu adalah Datuk Jiman. Itu pun tidak secara langsung, pembaca perlu merungkainya sendiri.
13. Jadi saya pun bertanyalah, kenapa perlu ada dua 'Aku'? 'Aku Datuk Jiman' dan 'Aku Fadlan'. Seolah ada dua pencerita dalam sebuah novel. Ok, Bohemian secara mudahnya, bolehlah kita rujuk kepada watak Fadlan di dalam novel ini. Memang seorang yang punya pandangan dan pendirian yang berbeza dengan muzik yang dibawa di samping cara dia melihat kehidupan itu sendiri. Pembaca akan lekas tahu bahawa Bohemian pada judul novel itu adalah mewakili Fadlan.
14. Tapi saya lebih suka memerhatikan seperti ini. Satu, memang Fadlan adalah watak hero yang diangkat di dalam novel ini, yang bersesuaian dengan judulnya.
Dua, watak Datuk Jiman juga bagi saya cuba dikaitkan oleh penulis dengan makna Bohemian itu sendiri. Walaupun Datuk Jiman bukan seorang ahli muzik, tetapi cara dia melihat kehidupannya adalah berbeza dengan mereka yang lain pada zamannya. Fikirannya lebih terkehadapan, lebih maju. Buktinya ada pada prolog novel ini. Penulis menuliskan bahawa Datuk Jiman diawal penglibatannya dalam dunia bisnes merupakan seorang yang bermatlamat dan berani mengambil risiko menentang arus. Datuk Jimanlah ketika orang lain mula berghairah dengan analog, telah mengintai-intai peluang dunia digital. Dan kala pesaing-pesaing lainnya mula mengusik-usik digital, dia telah melangkah lebih maju lagi dengan teknologi nano.
15. Datuk Jiman diletakkan penulis sebagai seorang yang berjaya dalam kerjayanya, melebihi pesaing lain yang tidak berani melihat lebih daripada luar kotak kebiasaannya. Sementara Fadlan pula digambarkan sebagai seorang anak muda, yang meminati muzik, tetapi berpendirian sedikit berbeza bagaimana muzik itu harus dinikmati dalam usaha mencapai redha Tuhan. Kedua-dua watak sebagai Bohemian. Tetapi bezanya, Datuk Jiman 'Bohemian Jahat' sementara Fadlan 'Bohemian Baik'.
16. Jadi sebagai penutupnya, untuk menjawab persoalan saya di poin nombor 3 di atas, dapatlah dirumuskan sebagai begini, masuklah, terokailah, jadilah seorang 'Bohemian' dalam apa jua lapangan hidupmu asal sahaja tidak terkeluar dari garisan lurus yang telah digariskan agama.
17. Keseluruhannya, saya berpuas hati dengan novel ini, menarik. Walaupun perasaan ketinggalan zaman itu terus wujud dalam diri, kerana sudah tiga tahun baru nak baca, tetapi paling tidak saya sudah membacanya.
*Kepada rakan-rakan pembaca yang lain, janganlah bersegan-segan berkongsi buku yang menarik dengan saya, agar tidak rasa ketinggalan zaman lagi. ;-)
*Kepada penulis Imaen, harap tafsiran saya ini tidaklah terpesong terus dari perkara pokoknya. :-)

2 comments:
Nice review..
saya pun perasaan dah tertinggal zaman ni..saya blm baca lagi Bohemian...
Masih boleh dapatkan sebelum kehabisan stok :-)
Post a Comment