Friday, July 4, 2008

Mendekati Seni Penulisan Kreatif


"Terbukti berkesan. Mampu memupuk bakat dan melahirkn byk pengarang yg berjaya." Itu kata Prof Rahman Shaari mengenai buku terbaru Lim Swee Tin 'Mendekati Seni Penulisan Kreatif'.

Semasa membeli buku ini, mb sgt terkesan dgn kulit buku nya yg putih bersih nmpk suci sesuci niat ikhlas penulis mahu berkongsi pengalaman beliau dlm seni penulisan ini. Lebih2 lg dlm penulisan syair.

Nama Lim Swee Tin tidak perlu lg diperkenalkn kpd umum sama ada yg meminati sastera mahupn tidak krn beliau ini sudah selalu kelihatan wajahnya di kaca tv. Mukanya yg saakan akan org melayu itu sudah tidak asing lg di malaysia bhkan jg di singapura. Bg sesiapa yg selalu hadir dlm bengkel2 penulisan kreatif pasti kacukan nama masyarakt cina dgn wajah melayu ini sudah tidak asing lg.

Bercerita ttg buku ini, ia mengenai cara bagaimana mahu memulakn langkah sbg seorng penyair. Diajarkn dr cara mendptkn idea2 sehingga ke cara mahu menghantar karya anda juga disertakn alamat2 media2 cetak yg akan menyiarkn karya anda.

Buku ini di olah dgn sgt baik sehingga tidak terasa yg kita sedang dlm pembelajaran ttg seni yg sgt halus iaitu syair. Namun ianya sgt berkesan dan mampu utk kita semua melakukn.

Spt kelas pembelajaran yg lain pasti akan ada latihan2 yg di beri begitu juga dgn buku kecil ini. Disetiap akhir bab Lim Swee Tin selaku guru kita akan memberikn kerja2 rumah utk kita selesaikn sebelum memulakn kelas seterusnya. Sehingga ke penghujungnya kita akan dpt merasa bhw kita telah bersedia utk mengarang sebuah syair ataupn puisi. Sekali pn syair @ puisi yg bakal kita lahirkn itu tidak sehebat mana tetapi paling kurang ia syair kita. Kita telah mengarang sebuah syair berkat usaha sendiri. Bayangkn bagaimana perasaan puasnya setelah itu.

Buku ini sgt membantu kpd sesiapa yg baru hendak berjinak2 dgn dunia sastera ini. Diterbitkn oleh Citra Kurnia Enterprise dgn cetakn pertama tahun 2008, ianya berharga RM 20.00. Harga yg rendah utk ilmu yg tinggi dr seorng guru yg harus diingati.

Selesai kelas murid2 semua perlu berdiri dan dgn sama rata mengucapkan " terima kasih cikgu ".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...