Tuesday, July 15, 2008

Manikam Kalbu


Novel Manikam Kalbu merupakan sebuah lg novel karya Faisal Tehrani. Novel ini telah lama mb beli dan tersimpan elok dlm rak buku mb. Hanya beberapa mggu lalu mb berkesempatn membuka dan mula mbc nya.

Muka depan novel ini dilatari dgn warna jingga berhias pula seekor kucing madura yg konon2nya sedang mnjahit sesuatu. mb tahu itu kucing madura krn sepanjang penceritaan dlm novel ini berkisah ttg kucing yg seekor ini. kucing madura yg bengkok sedikit ekornya di bahagian hujung. Suatu yg menarik mb utk membeli novel ini adalah pengesahan drp DBP bhw novel ini telah memenangi tmpt pertama Sayembara mengarang sempena perayaan Jubli Emas DBP. Itu yg utama mengapa mb membeli nvl ini selain drp faktor nama faisal tehrani itu sndiri.

Rasanya ramai yg akan setuju dgn mb bhw mbc nvl ini akan mbuat kita lebih memerhatikn pakaian2 melayu atau busana melayu yg mana selama ini tidak sgt dititik beratkn. Juga membuatkn kita berasa bangga krn kita org melayu yg punyai pakaian yg begitu indah serta punyai pelbagai mkna disebalik pakaian itu sndiri. Serta selain itu nvl ini jg membawa perasaan kita utk lebih mengasihi kucing yg mana telah menjd pencerita di dlm nvl ini. Setiap kali melihat kucing slps mbc nvl ini mb akan melihat2 ekornya. Bengkok ke tak bengkok. Madura ke bkn madura. Mana la tahu kot2 terjmpe kucing madura smcm cerita ft ni.



Pd pndapat mb ft menggunakan cr yg sama dgn cara beliau menulis nvl 1515 suatu masa dlu. Bercerita ttg zaman ini sekaligus dikaitkn dgn zmn lampau. Kalau dlm 1515 seorg manusia yg mnjadi perantara zmn depan dan zmn lampau. Ttp dlm nvl Manikam Kalbu ini ft menggunakn haiwan kucing pula sbg penghubung masa dulu2 dgn masa kini.

Watak utama nvl ini pd masa kini adalah seorng pelajar muda remaja bernama Ziryab. Ziryab seorng pemuda yg amat meminati dan mengagumi dunia fesyen dan busana Melayu. Ziryab sebnarnya mewarisi bakat seni jahit ini drp nenek nya yg jg merupakan seorng tukang jahit istana. Dlm zmn Ziryab ini terdapat seekor kucing bernama Manikam Kalbu yg mnjadi haiwan peliharaan Ziryab dan neneknya. Pd zmn ini Manikam Kalbu digmbrkn sbg seekor kucing ajaib yg mampu berbicara dgn tuan nya. Tp lain pula kes nya di masa zmn kesultanan melayu melaka dahulu.


Manikam Kalbu ini mnjadi watak utama sbg seorng juru busana istana. Iaitu seorng manusia bukan lg seekor kucing. Tp yg menariknya Manikam Kalbu ini jg punyai seekor kucing madura yg bengkok sedikit ekornya di sebelah hujung yg mana mampu juga berbicara dgn tuannya. Yg mana mb percaya kucing ini juga la yg diceritakn dlm zmn Ziryab dgn neneknya cuma mengambil nama tuan nya yg dlu iaitu Manikam Kalbu.

Menurut faisal kucing madura ini miliki keistimewaan yg mana ia mampu utk hidup beratus tahun lama nya. Oleh krn itu ia mampu merentasi dua zaman berlainan. Dan mnjdi milik dua insan yg sama minat jg sama bakat serta sama azam dan tekad nya utk membawa busana melayu ke mata dunia. Ziryab dan Manikam Kalbu. Tp semua ini hanya setakat cerita dlm nvl sj. Tidak diketahui kebenaran nya di dunia nyata.



Pembacaan yg pasti meletihkn utk ft bg menyiapkn nvl ini. Byk di sentuh berkaitan jenis2 jahitan, jenis2 kain, jenis2 warna drp alam sekitar dan semua itu memerlukn masa yg tidak sedikit utk di telaah. Spt biasa ft dpt melakukn dgn baik sekali sehingga nvl ini memenangi hadiah pertama sayembara mengarang sempena jubli emas DBP tahun 2007. Utk itu ucapan tahniah harus diberikn kpd ft.

Dgn harga RM 25 tidak rugi rsnya memiliki nvl yg sgt sarat dgn ilmu kebusanaan ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...