Tuesday, November 8, 2011

Orang Macam Kita

1. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas." - Al A'raf : 81

2. "Saya gay, saya okay." - Azwan Ismail.

3. Sebenarnya tidak ada yang okay apabila kamu dengan bangga mengaku seorang gay dan ia tidak akan pernah menjadi okay.

4. Buku Orang Macam Kita ini adalah himpunan cerpen dan esei yang ditulis beberapa penulis yang bertemakan seksualiti alternatif. Tentang golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atau homoseksual.

5. Namun cerita-cerita yang terkandung di dalam buku ini tidaklah ditulis untuk memberi kesedaran atau keinsafan kepada golongan-golongan tersebut, sebaliknya ditulis untuk mendatangkan kesedaran, kononnya, kepada pembaca dan masyarakat pula. Supaya nanti akan lebih mengerti mengenai perasaan dan keadaan mereka yang mengamalkan seks songsang ini.

"...kerana kami berpendapat karya-karya dalam antologi ini perlu dibaca oleh masyarakat bagi memahami seksualiti alternatif dan golongan LGBT kerana apa yang merosakkan moral sebenarnya ialah kejahilan (ignorance) mengenai isu sebegini dan tidak memahami serta menghormati perbezaan." (ms 7)

6. "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!" - As Syuara 165-166

7. Dalam cerpen Tiada Sesalan - Azwan Ismail menjadikan watak utamanya sebagai seorang lelaki yang punya keinginan, nafsu terhadap lelaki lain. Dan watak itu apabila dewasanya, memilih jalan menjadi gay, dengan penuh bangga menyatakan dirinya telah bebas dari belenggu agama dan berasa puas kerana telah menjalani hidup dengan cara yang diinginkan. Memang tiada sesalan.

8. Lebih berani lagi pada cerpen Sepetang Di Kafe Oedipus - Mohd Ikhwan. Menulis bahawa pihak berkuasa, pemerintah, kerajaan, (Tuhan?), telah menindas golongan yang tidak mempunyai kuasa untuk meraikan estetika tubuh badan dan berahi seksual masing-masing.

"Bertambah parah, mengawal seksualiti bermakna telah berlakunya kongkongan oleh penguasa terhadap tubuh badan setiap warganegara." (ms 166)

9. "Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu. Sesunguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti-bukti yang nyata. Dan adalah kebanyakan mereka tidak beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang." As Syuara 173-175

10. Hampir kesemua tulisan di dalam buku ini mengemukakan persoalan mengapa mereka tidak diberi hak untuk bersuara menentukan kemahuan diri sendiri. Mengapa mereka dipandang hina sedangkan mereka hanya meluahkan keinginan seks dengan cara mereka sendiri, tidak menyusahkan orang lain. Tidak bolehkah ia (seks sejenis) dihormati? Dimanakah nilai merdeka dan kebebasan jika tuntutan batin sendiri pun tidak lagi boleh diraikan?

11. Buku ini tidak dijual di kedai-kedai buku utama (syukur), hanya menerusi laman-laman web tertentu sahaja yang menjualnya. Dan ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

 

2 comments:

Unknown said...

Saya pernah hantar cerita untuk diantologi orang macam kita, namun gagal menambat hati editor. dan tahun lepas saya beli buku tersebut dengan fixi dipesta buku selangor yang lepas.

Widi Dede said...

cakap nih postingan :)

By the way,
Just for your info, If you own a blog or a website and want to get the Treasures from Streetdirectory, please make sure you won’t miss this opportunity ;). It's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...