Wednesday, November 16, 2011

[HSKU 2010] Bimasakti Menari - Sri Rahayu Mohd Yusop

1. Sri Rahayu menang lagi.

2. Kali ini dengan kisah bintang-bintang di atas langit bumi.

3. Membawa pembaca kembali untuk berfikir tentang kemajuan yang telah dirai, tentang bangunan tinggi yang makin kerap didiri, sehingga bimasakti tidak lagi boleh menari.

4. Penulis di dalam karya ini membayangkan di masa hadapan langit bumi akan menjadi sangat terang, kesan daripada cahaya lampu yang berlebihan, lalu mengakibatkan sejumlah gugusan bintang tidak lagi dapat dilihat sehingga fungsi dan peranan bintang tersebut yang telah digunapakai dalam menentukan arah, masa, dan peristiwa-peristiwa penting sejak berzaman dahulu, semakin pupus.

5. Seiring dengan pencerahan pada langit, penulis juga melukiskan kesan yang terjadi kepada kehidupan haiwan kelip-kelip di Kuala Selangor yang turut lenyap bersama dengan kemajuan yang dibawa.

6. Nurul Hafsa watak utama yang merupakan seorang remaja yang sedar mengenai perkara ini telah mendatang satu ide atau solusi kepada pihak berkuasa agar dapat dikembalikan kelip-kelip (simbol cahaya dan kecantikan) semula ke Kuala Selangor.

7. Penulis merupakan seorang yang memahami pembacanya. Beliau seolah mengerti persoalan-persoalan yang sedang bermain di fikiran mereka. Contoh apabila beliau menerangkan bahawa tuntutan supaya kadar kecerahan langit dikawal dan dapat 'digelapkan' semula, ini tidak pula memberi makna planet Bumi dan penduduk di atasnya perlu bergelap setiap masa. Tetapi sebaliknya sumber cahaya tersebut hendaklah digunakan dengan betul dan dikelola dengan baik agar ia mampu dimaksimakan fungsinya.

"Ia adalah isu pengurusan teknologi secara optimum. Pengurusan cahaya buatan manusia. Kita gunakan teknologi untuk memperbaiki teknologi sedia ada, ..." ms 98

8. Menurut panel penilai yang telah memilih novel ini sebagai pemenang utama bagi HSKU 2010, "Sebuah teks yang lengkap dalam perutusan yang bercorak vertikel dan horizontal menjadi lebih signifikan kerana mampu mengisi keperluan rohani dan intelektual khalayak, khususnya remaja."

9. Bagi saya, ia menarik. Membawa bacaan saya ke dalam sebuah daerah yang jarang-jarang difikir dan diterokai.

10. Ceritanya berjalan dengan lancar, tanpa sebarang kompleksiti yang mengganggu bacaan.

11. Tahniah kepada penulisnya, dan selamat membaca kepada semua.

3 comments:

srirahayumohdyusop said...

Tuan,

Terima kasih atas ulasan yang begitu memberangsang.Doakan saya terus diberi ilham, kesihatan,kebahagian berkeluarga dan keikhlasan bekerja agar saya boleh menulis lagi.

Sri Rahayu Mohd Yusop

Unknown said...

Boleh saya dptkan sinopsis untuk bab 1?

Unknown said...

Boleh Saya dapatkan sinopsis bab 1?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...