1. Ia memberikan semacam inspirasi dan pendorong untuk melihat orang yang kita panggil 'ayah' dengan lebih dekat lagi.
2. Sebuah buku yang nipis, yang ditulis kurang menggunakan pena, tetapi lebih memberikan jiwa.
3. Pada novel kali ini Andrea Hirata berkongsi pengalaman semasa kecil ketika mana dia mendapat tahu bahawa ayahnya semasa muda dahulu adalah seorang pemain bola sepak yang handal.
4. Ayahnya mewakili Indonesia ketika perlawanan menentang penjajah waktu itu, Belanda. Perlawanan yang tidak boleh tidak, harus memenangkan puak penjajah walau dengan apa cara sekali pun. Namun Belanda kalah. Ayahnya bersama 10 pemain yang lain telah menjadi hero, wira kepada Indonesia pada perlawanan itu.
5. Hukuman yang teruk telah dikenakan ke atas ayahnya, juga beberapa kenalan yang lain kerana telah mengaibkan Belanda. Hukuman itu telah menyebabkan tempurung lutut ayahnya pecah, mengakibatkannya tidak boleh bermain bola sepak lagi.
6. Apa yang menarik mengenai novel ini adalah rasa cinta dan kasih seorang anak terhadap ayahnya yang dibawa penulis langsung terus sehingga ke helaian terakhir. Sejak mengetahui ayahnya seorang pemain bola sepak, Ikal terus memasang cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak mewakili negaranya Indonesia.
7. Sebelas Patriot merujuk kepada kesebelasan pemain bola sepak. Dipanggil patriot kerana penulis beranggapan bahawa mereka adalah pejuang, perwira yang membawa nama serta maruah negara ke tengah padang.
8. Tapi sebagai pembaca, saya lebih gemar melihat ia sebagai sebuah kisah pengorbanan seorang ayah, dan kisah cinta seorang anak terhadap ayahnya.
9. Ikal gagal menjadi sebelas patriot Indonesia. Kepada yang telah membaca tetralogi Andrea Hirata sebelum ini pasti mengetahui bahawa Ikal pernah menuntut di Perancis, di Universiti Sorbonne. Ketika di sanalah penulis mengisahkan bahawa Ikal telah sempat singgah di Sepanyol, atau lebih tepatnya di Stadium Santiago Bernabeu, stadium rasmi kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.
10. Niatnya cuma satu, untuk membelikan ayahnya jersi pemain kesukaannya, Luis Figo.
11. Membacanya membuat kita sering terfikirkan betapa Ikal seorang anak miskin di Pulau Belitong, membesar dengan perasaan kasih terhadap ayahnya, yang tidak pernah berkurang bahkan makin bertambah sesuai dengan usianya.
12. Ayah tetap menjadi hero nombor satu Ikal sampai bila-bila. Dan novel ini juga mengajar tentang patriotisme terhadap negara. Cinta akan negara, tanah tumpahnya darah.
13. Novel ini yang original datangnya bersama sekeping cd yang memuatkan tiga buah lagu gubahan Andrea Hirata sendiri. Lagu-lagu pembakar semangat buat penyokong-penyokong bola sepak Indonesia. PSSI Aku Datang, Sebelas Patriot, Sorak Indonesia.
14. Sebagai penutupnya, sebagai pembaca kadang-kala terpaksa diakui bahawa pada sesetengah cara dan gaya seseorang penulis terasa begitu kena dan masuk dengan kita sehingga membuatkan bacaan yang panjang terasa singkat, yang biasa kelihatan luar biasa, dan sering pula terkhayal dalam bacaan. Dan bagi saya Andrea Hirata adalah penulis itu. Yang punya daya untuk memukau pembaca dalam tulisannya.

7 comments:
Salam alaik wrt. wbt.
Waaaah, tak sangka MB dapat baca novel ni dulu. Harap-harap adalah nanti masuk dalam pasaran buku di Malaysia.(ataupun mana-mana penerbit menerbitkan dalam edisi BM pn okeylah)....:-D
Terima kasih kepada teman dari Indonesia yang susah-susah kirimkan buat melihatbuku :-)
KAT MALAYSIA NAK DAPAT MACAM MANA?
Saya belum jumpa lagi buku ini di Malaysia, mungkin boleh cari di Fajar Ilmu Baru
Kat situ pun tak ade. Dah carik dah. Pada saya Andrea Hirata adalah satu-satunya penulis yang mampu membuatkan watak 'aku' ke dalam diri kita. Penulis yang sangat rare dijumpai zaman ini.
biasanya klu buku karya Andrea Hirata publisher kat Malaysia yang amik adalah PTS Publication. Try tgok PTS bookcafe Biasanya saya beli online di situ.
Mcm mne nk order online ye?? Sy sedang mencari novel sebelas patriot ni..
Post a Comment