Friday, July 15, 2011

Gangguan - Sindiket Sol-Jah

1. Barangkali saya meletakkan suatu paras yang terlebih tinggi untuk buku ini.

2. Usai membacanya, ada sedikit rasa, "patutnya boleh sedap lagi ni."

3. Gangguan adalah buku yang menghimpunkan 10 orang penulis tanah air, masing-masing menulis mengenai cerita seram, hantu, bomoh, mengikut pengalaman sendiri atau orang sekeliling atau tidak berpandukan mana-mana pengalaman, sekadar cerita rekaan sahaja.

4. Penulis-penulis tersebut adalah Tok Rimau, Fikri Kacak, Kusyi Hirdan, Aimi Ainis, Ayob Kelubi, Rahimin, Mona Yanty, Syuqri Mustaqim, Ay Yusof, dan Kumprinx.

5. Koleksi cerita di dalam Gangguan ini bolehlah dikategorikan sebagai seram komedi. Itu memang pasti kerana di kulit hadapannya juga sudah diberikan hint-hint jenaka.

"Kejadian-kejadian aneh yang tidak boleh dijelaskan oleh sains dan matematik dalam bahasa Inggeris" (kulit depan)

6. Begitu juga dengan kulit belakang.

"Selepas baca, saya asap buku ini dengan kemenyan. Saya mahu tengok, ada keluar hantu atau tidak..." -Stephen Keng, pembikin filem-filem momok Cina. (kulit belakang)

7. Ditulis secara santai, buku ini dapat dinikmati dengan mudah. Cuma berhati-hati tatkala membacanya seorang diri di kala malam Jumaat kliwon.

8. Walaupun diselitkan dengan jenaka dan komedi, tetapi jangan memandang sebelah mata dengan cerita daripada 10 penulis ini, kebarangkalian bulu roma untuk merinding adalah besar jika dibaca dengan mood dan latar suasana yang betul.

9. Hati-hati, jangan toleh belakang.

10. Pujian harus diberikan kepada Sindiket Sol-Jah untuk buku ini, dan buku-buku keluaran mereka sebelum ini. Memberi peluang dan menyediakan ruang kepada kawan-kawan yang berbakat dan berminat dalam dunia penulisan, menulis dan mempunyai buku sendiri. Itu satu kebanggaan yang tidak sedikit.

11. Tahniah juga untuk ilustrasi buku yang unik, sedap mata memandang.

12. Boleh dapatkan buku ini terus daripada penulisnya sendiri. Buat masa ini, jangan lagi dicari di MPH atau Popular, atau Kinokuniya, tak ada dijual di situ lagi. Tapi esok lusa siapalah tahu.

13.  Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Lekas beli.

5 comments:

Siti Salha Rosman said...

Apa motif letak gambar sikat kutu di kulit hadapan buku? Huhu...

ADMIN (MB) said...

Mungkin kat sikat kutu tu berkumpulnya berbagai-bagai jenis makhluk halus?

Untuk mengetahui jawapannya sila dapatkan buku ini segera, huhu

airina said...

Akan masuk dalam list hehe2

ADMIN (MB) said...

Masuk cepat-cepat, nanti sold out, :-)

Siti Salha Rosman said...

Owh, buku ni limited edition ke? Hmm, nak kena masuk list jugak lah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...