Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik untuk memiliki buku ini adalah pada judulnya, 'Cerita Rakyat Korea.'
Cerita-cerita rakyat sebegini pada sebahagian tempat mempunyai magis tersendiri dan sering pula membawa kita untuk lebih menjelajahi sesuatu masyarakat negara tersebut dengan lebih jelas lagi. Juga sering membuat kita lebih kenal serta maklum tentang kehidupan mereka.
Buku terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ini disusun dan disunting oleh Zubaidah Ibrahim-Bell (2009).
Dr. Zubaidah Ibrahim-Bell
Beliau merupakan seorang Profesor Madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Pernah menulis beberapa tulisan yang telah diterbitkan dalam siri Critical Link oleh John Benjamins pada tahun 2003 dan 2007. Pernah juga mengajar di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea, dalam subjek Bahasa dan Budaya Melayu dari tahun 2005 sehingga 2008.
Antologi cerita rakyat yang terdapat di dalam buku ini adalah hasil daripada penulisan para pelajar di Hankuk University of Foreign Studies, sebagai latihan penulisan mereka yang telah dipilih, disusun, serta diedit oleh Dr Zubaidah sendiri.
Cerita Rakyat
Menurut apa yang dinyatakan pada bahagian pengenalan buku ini, cerita rakyat itu boleh diertikan dengan sesuatu cereka yang lahir dari penceritaan dan imaginasi penduduk-penduduk kampung.
Ianya disampaikan melalui lisan dan berkembang dari satu negara ke satu negara lainnya lewat para pedagang, saudagar, perantau, dan sebagainya. Kerana itu pada cerita tertentu kita dapat rasakan persamaannya dengan cerita yang pernah kita dengar dari negara lain.
Masyarakat kampung pada kebiasaannya hidup dalam keadaan sederhana. Sering kita lihat pada kebanyakkan cerita rakyat begini, wataknya mengenai si miskin. Cerita-cerita yang seperti itu lahir dari cetusan keinginan penduduk kampung sendiri supaya mereka lebih kuat menghadapi hidup secara sederhana.
Antara tujuan cerita rakyat ini, selain sebagai penguat diri, ianya juga berfungsi sebagai didikan kepada kanak-kanak. Nilai moral yang terdapat di dalam cerita-cerita rakyat ini diserapkan kepada kanak-kanak sedari mereka kecil lagi.
Pengajaran-pengajaran seperti, buat baik dibalas baik, jahat dibalas jahat, memang telah selalu wujud dalam cerita-cerita rakyat. Contoh akhlak yang baik di dalam cerita rakyat begini melewati batas agama, bangsa, dan negara.
Begitu juga dengan cerita rakyat dari negara Korea ini. Semuanya berkisar di situ. Berada pada penceritaan berbuat baik selalu, jahat jangan sesekali. Kadang terasa antara cerita dengan cerita yang lainnya seperti terdapat pengulangan yang cuma ditukar watak dan tempatnya sahaja, namun apa yang penting yang mahu dikisahkan adalah pada moral cerita tersebut.
Cerita Rakyat Korea
Buku ini menurut Dr Zubaidah adalah hasil tulisan para pelajarnya di Hankuk University of Foreign Studies. Tugasan yang telah diberikan sebagai latihan penulisan kepada mereka. Dan beberapa tulisan telah dipilih untuk dibukukan bagi diterbitkan ITNM.
Terdapat 12 buah cerita rakyat yang dihimpunkan di dalam buku ini.
Diantara ceritanya, Kapak Emas dan Kapak Perak, kisah tentang kejujuran dan sifat ketamakan serta keserakahan manusia. Begitu juga pada cerita Tok Bonggol dengan Jembalang.
Nilai kasih sayang sesama adik beradik menjadi latar untuk cerita Kasih Sayang Dua Bersaudara. Kisah yang sewajarnya diperikan kepada anak-anak supaya mereka lebih merasa kasih serta sayang terhadap saudara kandung mereka sendiri.
Di dalam penceritaan buku ini, terdapat juga unsur personifikasi yang digunakan. Contohnya seperti cerita Burung Puyuh dengan Rubah dan Harimau dengan Pengembara.
Watak-watak haiwan sebegini memang telah sering digunakan dalam cerita-cerita rakyat ini bagi mewujudkan daya tarik kepada kanak-kanak untuk mendengarnya.
Rumusan
Cerita rakyat atau cerita dongeng ini bukanlah hanya bersesuaian untuk dibaca dan di ambil iktibarnya oleh kanak-kanak sahaja. Namun untuk mereka yang dewasa juga bisa memperolehi sesuatu dengan cerita rakyat ini.
Betapa cerita-cerita rakyat begini telah di angkat ke medium penyampaian yang lebih berkesan seperti radio dan televisyen agar kebaikan dan manfaatnya dapat dikongsi bersama khalayak ramai. Lihat sahaja seperti cerita Si Tanggang, segenap lapisan mengetahui mengenai besarnya dosa menderhaka kepada orang tua melalui kisah Si Tanggang ini. Begitu juga dengan cerita Malim Kundang, Bawang Putih Bawang Merah, dan banyak lagi cerita-cerita rakyat yang mempunyai nilai pengajaran yang besar telah dibawakan kepada umum.
Kerana itu cerita-cerita rakyat sebegini tidak hanya untuk dijadikan bahan peneman bagi menidurkan anak di kala malam sahaja. Ianya bahkan lebih dari itu.
Tahniah juga kepada ITNM di atas usaha keras mereka menerbitkan karya-karya, tulisan-tulisan yang bermutu ke dalam bahasa Melayu. Sesuatu yang seharusnya sangat disokong dan dihargai.
Tahniah untuk ITNM sekali lagi!
Selamat membaca dan selamat mengambil manfaat dari bacaan.
Mr Tan 6
-
“I tak pernah pergi memancing tau.” Tan terus meneroboskan diri masuk dalam
kereta comelnya. Tadi pun tergesa-gesa dia membersihkan kereta yang selalu
...
TEACHERS’ DAY: IT’S THE THOUGHT THAT COUNTS
-
Honestly, I don’t enjoy celebrating any kinds of day. On many occasions I
have mixed up my sons’ birthdays or completely forgotten about them.
Aidilfitri ...
Tidak berpihak dan kepentingan nasional
-
Keris Mas, dalam ucapan penerimaan Anugerah Sastera Negara yang pertama,
menekankan kepentingan penulis untuk tidak terlibat dalam kepentingan
politik kepa...
-
Di mana agaknya, saya pernah membaca, *kasihanilah mereka yang diberi
puji-pujian*. kerana apa? saya fikir antara ujian yang berat dalam
perjalanan hidup a...
Atas izin Allah juga.
-
Tadi saya pergi gunting rambut, dan semasa menunggu giliran saya meninjau2
juga apa terjadi di dalam kedai.
Dari pintu kaca kedai kelihatan seorang tukang g...
Hikayat - Ninotaziz
-
[image: Hikayat: from the Ancient Malay Kingdoms]Hikayat: from the Ancient
Malay Kingdoms by ninotaziz
My rating: 5 of 5 stars
Saya tidak tahu tentang ke...
Berita “Violence in the Writings of SGA”
-
Violence in the Writings of Seno Gumira Ajidarma by Andy Fuller Seno Gumira
Ajidarma (b.1958) is one of Indonesia’s most prominent and productive
writers w...
Tugas Hakiki Seorang Sasterawan
-
TERTARIK dengan tulisan Wahba mengenai kepentingan sastera dan dakwah atau
dakwah dalam sastera itu sendiri. Beliau juga mendatangkan contoh-contoh
karya d...
Dirimu Sebagai Teman Atau Musuh?
-
Apabila terdengar frasa ‘sahabat Nabi SAW’, maka akan terbayang di benak
kita peribadi-peribadi unggul yang sempurna akhlak dan ibadahnya. Dalam
lembaran...
Cerpen "Ke Negeri Impian"
-
Cerpen terbaru saya yang dimuat di Mingguan Malaysia bertarikh 23.12.2012.
Ia mengisahkan tentang kehidupan orang sebelah Siam/ Patani yang tinggal
secara...
By: akramishak
-
semuga makin ramai pemuda yang berjuang demi islam.. tahniah tim
langitilahi .. muga anda semua diberkati dan dilimpahi rahmat ALLAH :)
Korban 1433H
-
Ia sunnah yang dituntut. Seperti tahun-tahun sebelumnya, keluarga kami
melaksanakan ibadah korban lagi. Alhamdulilah. Kali ini 3 ekor lembu
tumbang. Moga i...
By: harawanum
-
Saya pernah mimpi malam lailatul qadar bentuk cahaya. tika tu seminggu lagi
keputusan PMR keluar .tika tu jugak kena bulan ramadhan. Dalam mimpi tu,
Saya n...
untuk sekian kalinya.
-
1). 12 Ogos 2011, Jumaat, Di Thailand, rata-rata penjawat awamnya bercuti
sempena Hari Ibu, juga hari memberi penghormatan terakhir kepada Royal
Highness...
Mutlak Hanya Allah al-Hadi .......
-
Hidayah yang menyuluh kita ke arah jalan yang lurus benar menuju keredhaan
Allah SWT adalah sesuatu anugerah Allah yang tiada taranya. Setiap kali
membaca ...
Antara Mencintai Tanahair Dan Mencintai Penguasanya
-
ANTARA MENCINTAI TANAHAIR DAN MENCINTAI PENGUASANYA Prof Madya Dato’ Dr
Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Hadis ‘...
Kelebihan Bulan Rejab
-
Antara kelebihan Bulan Rejab
1. Jawapan dari Ustaz Salman Maskuri :
Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:
ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان ق...
-
Bolehkah
Murtad Bertaubat Dan
Kembali
Semula Kepada Islam
Soalan
Murtad
ialah kesalahan yang terkeluar dari Islam. Adakah orang murtad boleh kembali...
Faedah Bank, Riba dan Inflasi
-
Artikel ini adalah terjemahan dari buku karangan Sheikh Imran yang bertajuk
*Prohibition of Riba in The Quran and Sunnah* yang sedang saya terjemahkan.
Bab...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan p...
Golongan manakah kita?
-
*Musyrik:* ialah mereka yang tidak beriman dengan iman seorang muslim.
Musyrik juga dikategorikan sebagai kafir dan terbahagi kepada dua iaitu dan
*Kafir...
CINTA & AKU
-
*Cintaku terlalu berharga… tiada sebanding dengannya*
*Cintaku hanya untuk yang pandai menghargai seadanya*
*Cintaku ini teratas … tinggi sekali tempatnya ...
Persembahan Hari Guru.....
-
*Semalam Hari Guru....maka kepada semua *
*guru yang **telah mencurahkan ilmu kepada *
*anak murid mereka **termasuklah saya *
*semoga Allah terus memberkati...
Umrah 2013: The Journey Begins
-
It has actually been four days for me here in Makkah, and what a journey it
has been. We arrived here on Tuesday and proceeded to perform our first
Umrah...
Loneliness is a gift...
-
Because being lonely is one of life's greatest pleasures. I love being
alone. I miss being alone, just me and my thoughts. I love being alone
somew...
Hati Tertinggal di Bumi Kenyalang
-
Tahun 2009, saya mendapat berita yang agak mengejutkan bila diminta
berpindah ke Kuching Sarawak. Terkejut kerana tidak pernah bermimpi untuk
bertugas...
filem serammmmmmm
-
kebelakangan ini (kena tgk bontot ni), banyak diperkatakan mengenai
kejahanaman film2 seram di dalam pembentukkan akhlak negatif dan
kepercayaan karut meno...
kiri mana? kanan mana....?!
-
"Kiri mana, kanan mana...?!'
Itulah yang sering berlaku bila aku memandu. Ramai antara kawan, yang
memang sedia maklum, aku seorang BUTA JALAN!
Masalah ni...
No comments:
Post a Comment