Monday, June 2, 2008

Seni Beladiri/Jun 2008

Masuk bulan baru kedai yang akan di tuju mesti kedai yang itu-itu juga. Tujuan nya hanya satu. Tujuan pun yang itu-itu juga. Mencari majalah keluaran yang terbaru. Kali ini seperti bulan-bulan yang sudah yang dicari tetap majalah SeniBeladiri. Rasa bertuah kerana menjadi antara yang terawal yang memiliki majalah ini. Sebab selalunya majalah ini akan habis cepat dan tidak akan di ganti pulak tu.

Bulan ini (Jun 2008) isi yang utama dimuka hadapan telah di beri tajuk 'Silat Patani Tari pahlawan yang masih dipelihara'. Di samping beberapa tajuk kecil yang lain. Gambar yang menghiasi keluaran bulan ini adalah dua orang guru Silat Patani iaitu Guru Nawang Ahmad serta Guru Zainun Ahmad. Kedua-dua guru ini berasal dari negeri Kedah.

Wartawan Ahmad Fuad Hamdan telah ke negeri Kedah. Tempat terkumpulnya pendekar-pendekar, panglima-panglima dulu dan sekarang. Atau lebih tepat lagi ke Kampung Charok Beras, Tembak di Sik. Kampung yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk menuntut ilmu kerana diketahui banyaknya gelanggang-gelanggang silat yang terdapat di sini.

Selain itu ada juga kisah tentang Haka Tahir yang telah menjadikan silat lebih dicintai dari segala-galanya. Bagi anda yang belum mengetahui Haka Tahir telah berada di Switzerland selama lebih 51 tahun bagi mengajar dan mengembangkan silat di sana. Itu lah jasa yang mampu dicurahkan oleh guru silat yang telah berusia lebih 90 tahun ini. Yang lebih mengagumkan adalah beliau tidak boleh berjalan.

Untuk mengetahui lebih lagi kisah mengenai Haka Tahir ini sila dapatkan majalah Seni Beladiri keluaran Jun 2008.

Selain itu terdapat juga kisah tentang Wira Cina Huo Yianjia. Kisah tentang pendekar yang berakhir menjadi uzur. Dan banyak lagi cerita-cerita serta aktiviti-aktiviti dunia persilatan yang terdapat di dalam keluaran bulan ini.

Bagi anda yang belum lagi pernah membeli majalah ini, mb sarankan untuk anda cuba membeli kali pertama dan fahamilah bahawa jika tidak kita orang-orang Melayu yang menyokong hasil usaha orang Melayu kita sendiri maka siapa lagi.

Sanggupkah kita untuk melihat majalah yang memperjuangkan dan mengenengahkan guru-guru silat kita serta mempertahankan kehebatan seni silat kita, orang-orang Melayu, lenyap begitu sahaja ?

Tidakkah anda berasa bersalah lantaran anda tidak menyokong majalah ini, ruangan ilmu persilatan kita akan pupus ? Tidakkah anda berasa bersalah ?

Dengan harga serendah RM 5.90 senaskah ia boleh diperolehi di kedai-kedai berhampiran anda. Jika di tempat anda tidak menjual majalah ini sila hubungi mb.

Bersamalah kita menyokong langkah mulia orang-orang ini dalam memartabatkan Seni Silat kita di mata dunia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...