Saturday, October 5, 2013

Tentang Paranoid

1. Ini adalah novel saya yang pertama. Saya akan bercakap sedikit mengenainya di dalam entri ini.

2. Pertamanya syukur kepada Tuhan atas kekuatan yang dipinjam sehingga novel ini selesai ditulis. Banyak yang cuba saya perkatakan di dalamnya. Tapi fokus utama adalah tentang paranoid. Elok juga kalau saya ceritakan dari mana idea untuk menulis novel ini datang.

Tuesday, July 16, 2013

Yang Nakal-Nakal - Usman Awang

1. Memang nakal.

2. Panjatkanlah rasa terima kasih kepada Fixi kerana kesungguhan menghimpun 17 cerpen dan 8 sajak daripada Sasterawan Negara Usman Awang ke dalam sebuah buku.

3. Cerpen nakal yang saya suka, Betisnya Bunting Padi.

Saturday, December 8, 2012

Yahudi Mengapa Mereka Berprestasi - KH Toto Tasmara


1. Licik serta sarat tipu muslihat. Kita membaca banyak buku tentang bangsa Yahudi, kebanyakan yang diperolehi dari bacaan adalah tentang penipuan dan rancangan jahat mereka untuk menguasai dunia.

2. Perang Dunia Pertama, Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan banyak lagi rencana yang dirancang Yahudi bagi mengukuhkan kuasa mereka dan memastikan setiap bangsa dan negara akan tunduk di bawah telunjuk mereka.

3. Ketika membaca tentang semua helah itu, satu yang kita harus sedari dan setujui, mereka para Yahudi memiliki kecerdasan dengan segala kelicikan melebihi bangsa lain. Buku ini hadir untuk memberi beberapa pencerahan tentang di mana asalnya kebijakan bangsa Yahudi itu.


Wednesday, November 14, 2012

[HSKU 2011] Deru Angin - Hafizah Iszahanid


1. Novel memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 kategori Novel Remaja.

2. Mengisahkan pencarian seorang anak remaja di bumi Barat menelusuri sirah hidupnya yang berakar di Asia, lebih tepat Malaysia.

3. Penulis, Hafizah Iszahanid, cuba mengetengahkan isu Islamofobia dan mengangkat semangat rasis bangsa orang putih terhadap bangsa-bangsa yang pernah dijajahnya. Juga semangat kekitaan mereka yang angkuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...