Thursday, September 4, 2008

Musafir Cinta




Mula2 sekali mdgr nama Taufiqurrahman al Azizy ni, mb terfikir hnye satu. Ini mesti kes hendak tumpang populariti Habiburrahman el Shirazy. Maklum shj la nvl Habiburrahman, 'Ayat-Ayat Cinta' mendapat sambutan yg luar biasa. Bahkn telah ke pawagam jgk !

Kebetulan bukan mb yg membeli buku ni. Abg mb pulang dr Indonesia membawakn buah tangan ini. Tetapi begitu la tanggapan pertama mb bila melihat nvl 'Musafir Cinta' ini. Tidak lain hanya ingin populer dgn cara yg pantas.

Bahkn kulit bukunya shj berlatarbelakangkn warna kuning spt nvl 'Ayat-Ayat Cinta'. Jg terdapat wanita memakai purdah layaknya spt Aisha dlm 'Ayat-Ayat Cinta'.

Namun itu hanya pada pandangan pertama. Sebelum mb mula membacanya. Minggu lepas mb punyai sedikit masa yg terluang lalu mula membaca nvl ini. 'Musafir Cinta'. Taufiqurrahman al Azizy. Mb bukakn pembalut yg membalut nvl ini perlahan2. Utk pengetahuan mb jg mementingkn pd pandangan luar sesuatu nvl @ buku sebelum membelinya. Mb jg amat menjaga buku2 yg telah mb beli. Kene pastikn elok betul2 baru mb akan beli.

Nvl 'Musafir Cinta' ini kalau di Indonesia telah diulang cetak lebih dr 10 kali !!
Mula2 mb teruja dgn itulah. Telah diulangcetak sebegitu byk tidak mungkin nvl ini hnya biasa2 shj. Atau tidak mungkin nvl ini sekadar meniru2 Habiburrahman shj. Sehingga ramai yg membeli dan membacanya lalu diulangcetak sebnyk lebih 10 kali.

Dr helaian ke helaian tidak sedar mb telah selesai membaca nya. Spt biasa keseronokkn yg terlahir setelah selesai mbaca tidak mungkin dpt tertuliskn di sini. Satu perasaan yg sukar digambarkn. Dn mb dapati mmg layak nvl ini mendapat 'Nasional Best Seller'.

Nvl ini bercirikn Islamik. Nvl yg menjadikn agama Islam sbg landasan utama dn penulisannya. Byk yg cuba disampaikn melalui nvl ini.

Yg mb terkesan adalah bagaimana masyarakat Islam skrng, tidak hnya di Indonesia (penulis dr Indonesia) bahkn di Msia dn di mana2 dunia sekali pn, inilah masalah yg sedang di hadapi oleh umat Islam seluruhnya.

Masalah keputusasaan terhadap ALLAH swt. Tidak sanggup menghadapi ujian dr ALLAH dgn redha sehingga berani shj mempersoalkn kewujudan Yg Esa. Ini ditampilkn dgn watak Firman.

Firman seorg pemuda yg berasal drp keluarga yg berada. Mulanya dia sgt taat kpd agamanya. Solatnya, puasanya, tiada yg tidak dilakukn. Semua dituruti dgn penuh keimanan.

Tetapi pabila dugaan dr ALLAH tiba nyata Firman tewas. Dia tidak mampu menanggapinya. Dia kecundang. Terus Firman sesat dlm hidupnya. Segalanya dia salahkn kpd ALLAH swt.

Adiknya yg satu2 itu mati setelah diperkosa beramai2 membuatkn Firman tidak dapt menerimanya. Ditambah pula pabila pihak polis gagal mengesan pelakunya sekian lama menambahkn lg kehampaan Firman. Bahkn dia tidak tegar2 mempersoalkn di mana keadilan dan kasih syg Tuhan selama ini. Sehingga adiknya mati dn pembunuhnya masih bebas. Firman putus asa pd rahmat Tuhan mulai dr itu.

Tetapi watak Firman dlm nvl ini bkn lah pemain utamanya. Iqbal. Iqbal Maulana. Seorng pelajar pesantren yg terpaksa keluar dr pesantren utk mengutip ilmu dr kehidupan di luar pesantren. Buku serta kitab2 nya adalah liku2 yg bakal dilalui nnt di luar sana. Inilah watak utama dlm nvl ini.

Sebenarnya nvl ini bersambung dr nvl 'Syahadat Cinta' jg tulisan Taufiqurrahman. Kisah awal kehidupan Iqbal Maulana terkisah pd episod yg pertama itu. Bagaimana dia sebelum ke pesantren dn mengapa Iqbal harus keluar dr pesantren jawabannya semua ada di sana. mb belum membaca nya jd tidak boleh bercerita ttgnya.

'Musafir Cinta' adalah penerus kisah hidup Iqbal Maulana. Sesuai dgn judul nya, kini Iqbal harus menjadi seorng musafir.

Setelah keluar dr pesantrennya dia tidak tahu hala tujuan nya. Hnya kaki melangkah tanpa destinasi. Tawakalnya hanya pd ALLAH. Iqbal serahkn jiwa dn nyawa nya pada Al Khaliq. Dia bingung dn masih belum mengerti. Apakah yg cuba disampaikn Ilahi pd nya. Namun dia pasrah. Iqbal pemuda yg yakin pd Tuhannya.

Di sini lah penulis merencanakn tulisan nya. Bercorak2 mewarnakn musafir cinta ini. Berbagai ragam manusia yg diketemui Iqbal sepanjang musafirnya. Antara lain dia bertamu dgn Anton semasa berada di dlm bas.

Ini jg suatu yg permasalahan yg cuba di ketengahkn oleh penulis. Anton adalah seorng penganut Agama Cinta. Agama yg terhasil dr ilham nya tersendiri. Sebetulnya Anton sudah bosan dgn sekelian agama yg ada. Baik Islam, Kristian, maupun Buddha atau apa2 sekalipn panggilan agama itu.

Krn menurut Anton sekelian agama yg ada itu telah tidak suci lg. Ia telah dicemari oleh para penganutnya sendiri. Anton sudah berasa jemu dgn itu. Lalu dia membawa satu ajaran baru, satu pemahaman baru iaitu agama Cinta.

Bagaimana yg diperkatakn dgn agama Cinta ini blh di baca selanjutnya pd nvl ini.

Begitulah seterusnya Iqbal bermusafir. Penulis menjdkn musafir Iqbal itu sbg jalan dan ruang utk nya meluahkn segala yg terbuku di hati. Apa yg sedang melanda umat Islam seluruhnya beliau curahkn dgn gaya yg tersendiri. Umat Islam perlu diselamatkn. Menulis nvl sebegini jg antara langkah utk umat Islam tidak terus tenggelam dlm bisikn syaitan.

Semoga yg membaca nvl ini akan mendapat manfaatnya.

Monday, August 4, 2008

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007




Semlm mb sempat berpusing2 sekitar MPH. Dan ada la jg membeli beberapa buah buku. Lg pula smlm MPH ada memberi diskaun atas setiap buku yg dibeli. Setelah sekian lama tidak ke MPH itu mb dapati byk sudah buku2 baru yg di bawa masuk.

Dan bg mb yg rambang mata bila berhadapan dgn buku ni, susah sedikit bila mahu membuat pilihan. Byk sgt buku yg menambat hati. Akhirnya setelah ditolak2 ditambah2 mb hanya membeli 7 buah buku shj.

Antara buku yg mb beli adalah nvl pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. Tmpt pertama, kedua dan ketiga. Semuanya dibolot oleh kaum Hawa semata tahun ni. Tiada kaum Adam pn 3 tmpt teratas. Tidak ada Faisal Tehrani tiada Zaid Akhtar tiada Abd Latip Talib juga tiada Amer Hmzah L. Kadir yg merupakn pemenang tmpt pertama anugerah yg sama tahun 2005.

Tahun 2005 jg merupakn tahun terakhir kaum2 Adam ini memenangi tmpt pertama kategori nvl remaja. Tahun2 slps itu hanya para wanita2 ini shj yg menguasainya.
Mana lah agaknya pergi karya2 dr seniman2 ni.

Kali ni hadiah kategori nvl remaja tempt pertama dimenangi oleh Sri Rahayu Mohd Yusop menerusi nvl nya 'Warisnya Kalbu'. Dgn hanya tebal 181 muka surat ianya boleh didapati dgn harga RM 18 shj.











Tmpt kedua disandang oleh Nisah Haron melalui karya nya kali ini 'Tawarikh Cinta'. Harga nya pula RM 21..! dgn tebal 265 muka surat. Nvl tmpt kedua ini harga nya mahal lg drp pemenang pertama. Mahal RM 3.00.

Ummu Hani Abu Hassan pula sekadar tmpt ketiga. Kalau nk tahu tebalnya 359 muka surat dgn harga RM 28...!

Rs2nya pencetak harga ni sudah tersalah cetak mungkin. Pemenang ketiga nvlnya lebih mahal lg berbanding tmpt kedua dan tmpt pertama. Sbbnya muka suratnya lebih byk menjadikan ia lebih tebal dan mnjdikn ia lebih mahal pula. Kerana itulah harga nvl pemenang tmpt ketiganya ini tinggi.

Bg mb bkn soal harga yg mahal tp persoalan nya tentang kualiti. Mengapa kualiti yg bagus (tmpt pertama) harga nya jauh lebih rendah dr tmpt ketiga yg mana pasti kualitinya kurang sedikit drp tmpt pertama.

Tak kn la harga sesebuah buku itu ditentukn oleh tebal nipisnya sesuatu buku itu shj...

Rsnya sgt tidak adil jika ketebalan buku yg menjadi penentu harga sesebuah buku.

Jika begitu baik lah sgt bg penulis2 kita menulis buku2 dgn ketebalan semaksima mungkin.








Biarlah letak tepi soal harga2 ni. Org yg meletakkn harga sesuatu buku tu pasti lebih tahu apa yg dia buat. Tp bg mb mmg tak adil..!!! Kau tebal la setebal2 nya tp kalau kualiti dan mutu tidak setebal mana dlm buku tu tak ada makne ape2..

Dgn pembelian kali ini buku2 yg belum dibaca mb makin bertambah la. Tidak boleh tidak kene jg mencari masa2 lapang utk membaca. Ramadhan pn hampir tiba. Al Quran jg musti di baca. Terpaksa buat jadual waktu agaknya. Isnin buku ni. Selasa buku itu plk. Begitu lah seterusnya...

Monday, July 28, 2008

Projek PL5


Mmg telah diketahui bahwa Israel juga sekutu2 nya tidak akan pernah bersenang hati melihat umat Islam hidup dlm aman dan kemakmuran. Kemajuan dan kejayaan umat Islam selalu dicemburui oleh mereka. Dan kita semua telah ketahui benar bhw mereka punyai niat2 jahat lg busuk lg penuh dendam utk membuat umat Islam di seluruh dunia berada di dlm keadaan yg menderita.

Atas kesedaran ini penulis Shaari Isa telah mengarang sebuah novel bertajuk 'Projek PL5'. Secara pantas nya nvl ini berkisah ttg terdapatnya rancangan dr kerajaan Israel utk menjadikn kekacauan dlm dunia umat Islam seluruhnya. Rancangan jahat ini la yg dinamakan Projek PL5.

Satu usaha drp penulis utk membuka dan menyegarkn lg minda kita ttg bahayanya Israel ini. Tidak pernah senang melihat kita, umat Islam senang. Dinyatakn bhw rancangan utk merosakkn pemahaman umat Islam mengenai agama mrk sndiri ini telah di rencana dgn begitu teliti oleh agen2 khas yg telah dilatih dgn bersungguh2 selama beberapa tahun lamanya. Bahkn rancangan ini tidak hnya sekadar di bumi Malaysia tp ia telah menjalar sehingga ke seluruh pelusuk dunia. Dimana ada umat Islam di situ mrk akan menghantar agen2 mrk utk membuat onar di sana.

Nvl ini sebenarnya telah lama diterbitkn iaitu pada tahun 1988 lagi. Dan pd cetakan kedua telah diterbitkn pada tahun 2007 yg lalu. Hiasan kulit depannya sekadar biasa shj. Judul buku di tulis besar dgn latar berwarna putih. Diikuti dgn nama penulis dilatari warna hijau muda di bawahnya.

Juga ada disertakn bintang berbucu enam yg menjadi lambang kpd negara haram Israel. Dgn warna merah jingga melihatkn kemarakkn api yg sedang membakar.

Membaca nya pd awal2 tulisan terasa ini sesuatu yg sgt besar dan akan menjd sesuatu begitu menarik. Ia besar krn terasa seolah2 ini lah kenyataan nya bhw rancangan kotor Israel ini mmg benar2 telah wujud. Dgn strategi2 nya ditambah latihan2 khusus buat agen2 nya yg terpilih, Projek PL5 ini tidak mustahil sedang berjln di sekeliling kita.

Tetapi mb sedikit kecewa bila meneruskn pembacaan. Yg mb harapkn sesuatu yg complicated akan disajikn. Namun jln ceritanya hanya sekadar biasa2 shj. Mksd mb tidak terdapat sesuatu yg 'grand' pd rancangan Israel melalui Projek PL5 mrk itu. Nmpk seolah2 nvl ini di tuntut utk segera dihabis ceritanya.

Ending nya juga terasa seperti 'mengambil jalan mudah'. Org ni mati, org tu mati dgn tiba2 agar senang utk menutup cerita.

Tp nvl ini punyai impak yg begitu terkesan pd mb. Ianya membuat mb terfikir betapa mungkin orang2 di kiri kanan mb ada yg menjd agen rahsia Israel ini. Ustaz2 atau pn mungkin mufti2 mb ternyata lebih berhati2 dlm menilai setiap apa yg mrk sampaikn. Krn menurut nvl ini, pihak Israel telah menghantar sebilangan drp agen mrk yg terpilih utk mempelajari dan memperdalami ajaran agama Islam di universiti2 ternama dunia. Setelah itu mrk akan di hantar ke serata tmpt di Timur dan Barat bg menyebarkn fahaman mrk. Yg mana setiap ilmu ttg agama Islam yg mrk perolehi akan mrk tafsir kn mengikut kehendak mrk sndiri. Dan mrk akan membuat seolah2 itu adalah ajaran dr Baginda Nabi SAW. Salah satu cnth yg dibawa ialah pabila mrk 'ust2' buatan Yahudi Israel menyebarkn fahaman yg konon nya Islam adalh agama yg menolak kemajuan di dunia. Segala kemodenan yg di capai adalah hanya membuat umat Islam leka kpd akhirat. Oleh itu kemodenan ini adalah haram menurut mrk.

Dgn tebal 274 muka surat, nvl ini boleh diperolehi di toko2 buku berhampiran dgn harga hanya RM 22.00. Baca la dan fikirkan la tidak mungkin tidak ini yg sedang terjadi dlm diri umat Islam seluruh dunia.

Thursday, July 24, 2008

Ombak Bukan Biru



Ombak Bukan Biru karya Fatimah Busu. Melihat pd judul nya nvl ini seakan2 nvl2 pop yg berlambak di pasaran. Ombak Bukan Biru. Iye la mmg ia nvl cinta2 basi yg makin lama makin berserepah kt kedai buku. Tp jgn kita lupa bhw yg di luar tidak semesti seperti tergambar di dlm.

mb tahu nama Fatimah Busu ini cukup besar dlm dunia sastera di msia ini. Tidak la mungkin pula nama sebesar ini menghasilkn nvl basi yg sudah muak kita lihat. Dan nvl ini sebnrnya telah di cetak pd tahun 1977 lg. Yg berada di tangan mb adalah yg telah diulang cetak semula tahun 2008.



Muka depan nvl ini tiada apa2 yg menariknya. Cuma satu shj. Iaitu nama Fatimah Busu itu sndiri. Nama nya sudah cukup menarik sesiapa peminat sastera membeli nvl ini. mb jg begitu. Tak tgk da kulitnya nmpk Fatimah Busu je lekas2 tangan menyambar membayar di kaunter. Harganya tidak mahal. Hanya RM 18.90 shj. Bahkn andai lebih mahal dr itu pn mb sanggup beli. Tak rugi rsnya memiliki tulisan Fatimah Busu sbg koleksi simpanan buku2 mb.

Jikalau sj satu masa nnt sudah tidak ada syarikat2 yg mahu mengulang cetak karya2 org2 lama semacam Fatimah Busu ini tentu ianya akan merugikn kita2 yg dahaga kn mereka2 ini. Jd tahniah kpd Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd atas usaha mereka mencari dan menerbitkn nvl Ombak Bukan Biru ini semula. Diharapkn byk lg syarikat2 di luar sana yg akan seperti Pekan Ilmu ini.

Tuesday, July 15, 2008

Manikam Kalbu


Novel Manikam Kalbu merupakan sebuah lg novel karya Faisal Tehrani. Novel ini telah lama mb beli dan tersimpan elok dlm rak buku mb. Hanya beberapa mggu lalu mb berkesempatn membuka dan mula mbc nya.

Muka depan novel ini dilatari dgn warna jingga berhias pula seekor kucing madura yg konon2nya sedang mnjahit sesuatu. mb tahu itu kucing madura krn sepanjang penceritaan dlm novel ini berkisah ttg kucing yg seekor ini. kucing madura yg bengkok sedikit ekornya di bahagian hujung. Suatu yg menarik mb utk membeli novel ini adalah pengesahan drp DBP bhw novel ini telah memenangi tmpt pertama Sayembara mengarang sempena perayaan Jubli Emas DBP. Itu yg utama mengapa mb membeli nvl ini selain drp faktor nama faisal tehrani itu sndiri.

Rasanya ramai yg akan setuju dgn mb bhw mbc nvl ini akan mbuat kita lebih memerhatikn pakaian2 melayu atau busana melayu yg mana selama ini tidak sgt dititik beratkn. Juga membuatkn kita berasa bangga krn kita org melayu yg punyai pakaian yg begitu indah serta punyai pelbagai mkna disebalik pakaian itu sndiri. Serta selain itu nvl ini jg membawa perasaan kita utk lebih mengasihi kucing yg mana telah menjd pencerita di dlm nvl ini. Setiap kali melihat kucing slps mbc nvl ini mb akan melihat2 ekornya. Bengkok ke tak bengkok. Madura ke bkn madura. Mana la tahu kot2 terjmpe kucing madura smcm cerita ft ni.



Pd pndapat mb ft menggunakan cr yg sama dgn cara beliau menulis nvl 1515 suatu masa dlu. Bercerita ttg zaman ini sekaligus dikaitkn dgn zmn lampau. Kalau dlm 1515 seorg manusia yg mnjadi perantara zmn depan dan zmn lampau. Ttp dlm nvl Manikam Kalbu ini ft menggunakn haiwan kucing pula sbg penghubung masa dulu2 dgn masa kini.

Watak utama nvl ini pd masa kini adalah seorng pelajar muda remaja bernama Ziryab. Ziryab seorng pemuda yg amat meminati dan mengagumi dunia fesyen dan busana Melayu. Ziryab sebnarnya mewarisi bakat seni jahit ini drp nenek nya yg jg merupakan seorng tukang jahit istana. Dlm zmn Ziryab ini terdapat seekor kucing bernama Manikam Kalbu yg mnjadi haiwan peliharaan Ziryab dan neneknya. Pd zmn ini Manikam Kalbu digmbrkn sbg seekor kucing ajaib yg mampu berbicara dgn tuan nya. Tp lain pula kes nya di masa zmn kesultanan melayu melaka dahulu.


Manikam Kalbu ini mnjadi watak utama sbg seorng juru busana istana. Iaitu seorng manusia bukan lg seekor kucing. Tp yg menariknya Manikam Kalbu ini jg punyai seekor kucing madura yg bengkok sedikit ekornya di sebelah hujung yg mana mampu juga berbicara dgn tuannya. Yg mana mb percaya kucing ini juga la yg diceritakn dlm zmn Ziryab dgn neneknya cuma mengambil nama tuan nya yg dlu iaitu Manikam Kalbu.

Menurut faisal kucing madura ini miliki keistimewaan yg mana ia mampu utk hidup beratus tahun lama nya. Oleh krn itu ia mampu merentasi dua zaman berlainan. Dan mnjdi milik dua insan yg sama minat jg sama bakat serta sama azam dan tekad nya utk membawa busana melayu ke mata dunia. Ziryab dan Manikam Kalbu. Tp semua ini hanya setakat cerita dlm nvl sj. Tidak diketahui kebenaran nya di dunia nyata.



Pembacaan yg pasti meletihkn utk ft bg menyiapkn nvl ini. Byk di sentuh berkaitan jenis2 jahitan, jenis2 kain, jenis2 warna drp alam sekitar dan semua itu memerlukn masa yg tidak sedikit utk di telaah. Spt biasa ft dpt melakukn dgn baik sekali sehingga nvl ini memenangi hadiah pertama sayembara mengarang sempena jubli emas DBP tahun 2007. Utk itu ucapan tahniah harus diberikn kpd ft.

Dgn harga RM 25 tidak rugi rsnya memiliki nvl yg sgt sarat dgn ilmu kebusanaan ini.

Friday, July 4, 2008

Mendekati Seni Penulisan Kreatif


"Terbukti berkesan. Mampu memupuk bakat dan melahirkn byk pengarang yg berjaya." Itu kata Prof Rahman Shaari mengenai buku terbaru Lim Swee Tin 'Mendekati Seni Penulisan Kreatif'.

Semasa membeli buku ini, mb sgt terkesan dgn kulit buku nya yg putih bersih nmpk suci sesuci niat ikhlas penulis mahu berkongsi pengalaman beliau dlm seni penulisan ini. Lebih2 lg dlm penulisan syair.

Nama Lim Swee Tin tidak perlu lg diperkenalkn kpd umum sama ada yg meminati sastera mahupn tidak krn beliau ini sudah selalu kelihatan wajahnya di kaca tv. Mukanya yg saakan akan org melayu itu sudah tidak asing lg di malaysia bhkan jg di singapura. Bg sesiapa yg selalu hadir dlm bengkel2 penulisan kreatif pasti kacukan nama masyarakt cina dgn wajah melayu ini sudah tidak asing lg.

Bercerita ttg buku ini, ia mengenai cara bagaimana mahu memulakn langkah sbg seorng penyair. Diajarkn dr cara mendptkn idea2 sehingga ke cara mahu menghantar karya anda juga disertakn alamat2 media2 cetak yg akan menyiarkn karya anda.

Buku ini di olah dgn sgt baik sehingga tidak terasa yg kita sedang dlm pembelajaran ttg seni yg sgt halus iaitu syair. Namun ianya sgt berkesan dan mampu utk kita semua melakukn.

Spt kelas pembelajaran yg lain pasti akan ada latihan2 yg di beri begitu juga dgn buku kecil ini. Disetiap akhir bab Lim Swee Tin selaku guru kita akan memberikn kerja2 rumah utk kita selesaikn sebelum memulakn kelas seterusnya. Sehingga ke penghujungnya kita akan dpt merasa bhw kita telah bersedia utk mengarang sebuah syair ataupn puisi. Sekali pn syair @ puisi yg bakal kita lahirkn itu tidak sehebat mana tetapi paling kurang ia syair kita. Kita telah mengarang sebuah syair berkat usaha sendiri. Bayangkn bagaimana perasaan puasnya setelah itu.

Buku ini sgt membantu kpd sesiapa yg baru hendak berjinak2 dgn dunia sastera ini. Diterbitkn oleh Citra Kurnia Enterprise dgn cetakn pertama tahun 2008, ianya berharga RM 20.00. Harga yg rendah utk ilmu yg tinggi dr seorng guru yg harus diingati.

Selesai kelas murid2 semua perlu berdiri dan dgn sama rata mengucapkan " terima kasih cikgu ".

Wednesday, June 25, 2008

Ayat-ayat Cinta


Baru2 ni mb ke panggung menonton wayang filem yg telah mencetuskn fenomena di negara jiran, Indonesia, bahkn bkn shj filem tp novelnya lg2 mencetuskn ombak tsunami di sana. Ini jg telah memasyhurkn nama penulisnya yg jg merupakn graduan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Filemnya bertajuk 'Ayat-ayat Cinta'. Filem ini diarahkn oleh Hanung Bramantyo. Antara barisan pelakon utamanya ialah Fedi Nuril sbg Fahri, Rianti R. Cartwright sbg Maria, Carissa Putri sbg Aisha dan ramai lg.

Jln ceritanya tiada apa yg berbeda dgn novelnya. Sememangnya ini filem diadakan berpandu pada novel 'Ayat-ayat Cinta' tulisan HabiburRahman el Shirazy.



Kisah Fahri salah seorang pelajar di Universiti Al Azhar Mesir, menjalani hidupnya dengan pelbagai dugaan dan cabaran yg dtg satu demi satu. Sbg seorng pelajar yg pintar malahan dikasihi pula oleh syeikh nya, Fahri menjadi rebutan dan impian byk gadis di sana.

Maria, yg merupakan jiran tmpt Fahri dan rakan2nya menyewa juga telah tertarik dgn keindahan akhlak Islami yg ditunjukkn oleh Fahri. Maria yg tinggal bersama ibunya merupakan seorng penganut agama Kristian Koptik yg makin hari makin dekat hidupnya dgn agama Islam lantarn perkenalan nya dgn Fahri. Nyata Fahri berjaya mengubah pandangan nya terhadap Islam.

Nurul, dia pendam kn rs kasih dan syg nya terhadap Fahri. Akibat terlalu cinta akan Fahri tp terpaksa menyimpan cinta nya di dlm hati akhirnya dia mengalami kejutan yg amat pabila mengetahui Fahri telah berkahwin. Hancur dan luluh jiwa raga Nurul ketika itu. Cinta yg dipendam demi menjaga maruah dirinya sbg seorng wanita Islam tidak kesampaian. Tp Nurul wanita tabah. Lekas faham tentang takdir Tuhan. Dia harus redha dan ketahui Fahri bukan jodohnya.

Suatu perkenalan akibat suatu insiden di dlm train telah mempertemukan Fahri dgn jodohnya, Aisha, wanita berada dr Jerman. Dan mereka berkahwin tidak lama selepas itu. Namun rumah tangga mereka tidak seindah yg dimimpikn.

Seorg gadis bernama Noura telah hadir dan menjadikn hidup Fahri dan Aisha bagaikn neraka. Bagaimana dan kenapa anda kena tontonnya sndiri.

Tp bg mb jika hendak dibuatkn bandingan antara memilih filem dan novelnya, mb akan memilih novelnya. Kerana bg mb apa yg cuba disampaikn oleh Kang Abik (Habiburrahman el Shirazy)dlm novelnya tidak kesampaian dlm filem nya. Membacanya novelnya memberi seribu kepuasan tp tiada kepuasan saat menonton filemnya di pawagam. Ditambah pula dgn gangguan para penonton lain nya yg asyik2 tergelak2 ketika menonton filem ini. Bahagian mana yg lawaknya pn mb tidak mengerti.



Dan mb rs ramai yg sependapat dgn mb. Bg yg telah membaca novelnya pasti akan memilih novelnya berbanding filemnya.

Sebenarnya bermula dr novel ini lah mb mula mengikuti novel2 Kang Abik. 'Dlm Mihrab Cinta, 'Ketika Cinta Bertasbih', 'Di atas Sajadah Cinta' dan ada beberapa lagi. Bg mb jarang ada agamawan yg terlibat dlm dunia sastera ini. Lebih2 lg dlm dunia penulisan novel. Jikalau ada pn karya2nya hanya dipandang sepi oleh kebykkn oleh.

Ada jg yg menyamakan Kang Abik in dgn Buya Hamka. Tp bg mb Hamka berada di tmpt nya yg tersendiri. Hamka jg sgt mb minati. Jika terdapat persamaan antara mereka pn hanya pd bahagian2 kecil shj.

Apa2 pn bg sesipa yg belum menonton ataupn membaca novel 'Ayat-ayat Cinta' sila lah ke pawagam berdekatan atau ke toko2 buku berhampiran. Dapat kn segara sebelum kehabisan.

Tuesday, June 3, 2008

Bercerita kisah mula-mula mengenal buku atau pun lebih tepat lagi mengenal novel, bermula masa zaman sekolah lagi. Tapi semasa itu mengenal buku/novel tidak seperti sekarang.



Novel pertama yang betul-betul mb baca sehingga habis dan membaca dalam keadaan yang tidak terpaksa (ada juga novel yang terpaksa di baca sehingga habis sebelum itu) adalah novel Fauziah Ashari bertajuk Ombak Rindu. Novel terbitan Alaf 21 ini mb mula-mula kenal dari seorang teman yang asyik dengan novel itu. Niat asalnya saja-saja mahu mengusik tapi kemudian terus meminjam Ombak Rindu dari teman dan membacanya sehingga selesai.

Ceritanya pada masa mb membacanya itu sangat menarik. Kerana itu kali pertama membaca novel dengan hati yang rela dan redha. Tapi tidaklah sampai menangis membacanya. Seperti kata teman mb cerita ini sedih sampai boleh menitik air mata saat membacanya. Tapi mb tidaklah se 'touching' itu.

Dan selepas daripada itu mb mula ke kedai-kedai buku mencari novel-novel. Kalau dulu ke kedai buku hanya tengok pada kulit depan dan tajuk buku sahaja. Tapi kini bila dah lama-lama dan bila dah kenal penulis-penulis novel, hanya membeli kepada penulis yang biasa sahaja. Dah tak pandang lagi tajuk ke kulit depan ke. Nampak je nama dia terus beli.

Tapi ada juga sekali-sekala membeli novel-novel yang dirasakan bermutu. Novel-novel bestseller contohnya.

Selepas Ombak Rindu, mb baca Imam karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Terus terang semasa membeli novel ini yang mb tertarik adalah muka depan dia. Latar hitam dengan untaian tasbih berwarna keemasan. Itu sahaja sudah menarik hati mb sebagai pembaca baru untuk membelinya.

Membacanya pada kali pertama memang sedikit keliru dengan watak-wataknya dan jalan ceritanya. Maklumlah sahaja kali pertama. Tapi selepas dua tiga kali di ulang baca ternyata Abdullah Hussain penulis yang sangat baik. Menyusun plot-plot cerita dengan begitu teratur dengan kata-kata indah.

Begitulah perkenalan mb dengan SN Abdullah Hussain. Sejak dari itu mana-mana novel tulisan Abdullah Hussain pasti mb akan berusaha bersungguh membelinya.

Lagi antara novelis yang mb kenal awal-awal dulu ialah Faisal Tehrani. Menerusi novelnya 1511H Kombat. Kebetulan terbaca dalam surat khabar tempatan tentang pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan tahun 2003. Dan pemenang pertamanya kategori novel remaja itulah Faisal Tehrani.



Melihat tajuk sahaja sudah faham kita ini novel tentang peperangan. Novel perang pada masa hadapan. Tidak hairan ia memenangi hadiah pertama. Ceritanya sangat menarik lagi mengujakan. Juga menaikkan semangat jihad yang membaca. Lagi-lagi watak dalam novel ini kebanyakkannya muda belia lagi. Terasa dekat dengan mb masa membacanya.

Latarnya 1511 hijrah. Tahun 2087 Masihi. Gambaran masa hadapan. Dihidangkan perang jenis teknologi. Cyborg, cypher, sarcos, Ababil, Mikraj, hidrogen sianida, dan segala macam teknologi.

Menulis novel ini memerlukan imaginasi yang sangat-sangat tinggi. Dan Faisal Tehrani memilik itu. Gaya bahasa yang digunakan Faisal Tehrani begitu cepat menambat mb untuk membaca lagi dan lagi. Dengan harga RM 24 ianya begitu berbaloi.

Itulah sedikit sebanyak cerita tentang hari-hari awal mb mengenal dan melihat buku. Novel-novel awal itu masih tersimpan dan terjaga dengan elok dalam rak buku mb. Bagi mb ianya adalah harga berharga buat mb. Banyak kenangan saat-saat membacanya.

Monday, June 2, 2008

Seni Beladiri/Jun 2008

Masuk bulan baru kedai yang akan di tuju mesti kedai yang itu-itu juga. Tujuan nya hanya satu. Tujuan pun yang itu-itu juga. Mencari majalah keluaran yang terbaru. Kali ini seperti bulan-bulan yang sudah yang dicari tetap majalah SeniBeladiri. Rasa bertuah kerana menjadi antara yang terawal yang memiliki majalah ini. Sebab selalunya majalah ini akan habis cepat dan tidak akan di ganti pulak tu.

Bulan ini (Jun 2008) isi yang utama dimuka hadapan telah di beri tajuk 'Silat Patani Tari pahlawan yang masih dipelihara'. Di samping beberapa tajuk kecil yang lain. Gambar yang menghiasi keluaran bulan ini adalah dua orang guru Silat Patani iaitu Guru Nawang Ahmad serta Guru Zainun Ahmad. Kedua-dua guru ini berasal dari negeri Kedah.

Wartawan Ahmad Fuad Hamdan telah ke negeri Kedah. Tempat terkumpulnya pendekar-pendekar, panglima-panglima dulu dan sekarang. Atau lebih tepat lagi ke Kampung Charok Beras, Tembak di Sik. Kampung yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk menuntut ilmu kerana diketahui banyaknya gelanggang-gelanggang silat yang terdapat di sini.

Selain itu ada juga kisah tentang Haka Tahir yang telah menjadikan silat lebih dicintai dari segala-galanya. Bagi anda yang belum mengetahui Haka Tahir telah berada di Switzerland selama lebih 51 tahun bagi mengajar dan mengembangkan silat di sana. Itu lah jasa yang mampu dicurahkan oleh guru silat yang telah berusia lebih 90 tahun ini. Yang lebih mengagumkan adalah beliau tidak boleh berjalan.

Untuk mengetahui lebih lagi kisah mengenai Haka Tahir ini sila dapatkan majalah Seni Beladiri keluaran Jun 2008.

Selain itu terdapat juga kisah tentang Wira Cina Huo Yianjia. Kisah tentang pendekar yang berakhir menjadi uzur. Dan banyak lagi cerita-cerita serta aktiviti-aktiviti dunia persilatan yang terdapat di dalam keluaran bulan ini.

Bagi anda yang belum lagi pernah membeli majalah ini, mb sarankan untuk anda cuba membeli kali pertama dan fahamilah bahawa jika tidak kita orang-orang Melayu yang menyokong hasil usaha orang Melayu kita sendiri maka siapa lagi.

Sanggupkah kita untuk melihat majalah yang memperjuangkan dan mengenengahkan guru-guru silat kita serta mempertahankan kehebatan seni silat kita, orang-orang Melayu, lenyap begitu sahaja ?

Tidakkah anda berasa bersalah lantaran anda tidak menyokong majalah ini, ruangan ilmu persilatan kita akan pupus ? Tidakkah anda berasa bersalah ?

Dengan harga serendah RM 5.90 senaskah ia boleh diperolehi di kedai-kedai berhampiran anda. Jika di tempat anda tidak menjual majalah ini sila hubungi mb.

Bersamalah kita menyokong langkah mulia orang-orang ini dalam memartabatkan Seni Silat kita di mata dunia.

Wednesday, May 28, 2008

Petua Segala Petua



Tiba musim cuti sekolah maka tiba lah musim kenduri kahwin. Ahad lepas sahaja mb hadiri 2 majlis kahwin di Melaka. Itupun selepas meninggalkan 2 lagi majlis di KL. Memang begitu lagaknya setiap kali datang musim cuti sekolah. Berlambak-lambak kad jemputan. Bahkan untuk cuti sekolah yang hujung tahun juga telah ada jemputan yang menunggu. Bayangkan cuti sekolah punya penangan.

Sebut pasal kahwin ni mb selak-selak kat rak buku tu terjumpa pulak buku yang berkaitan dengan perkahwinan ni. Tajuknya 'Petua Segala Petua'. Sekali pandang memang tiada apa yang menyentuh pasal persiapan perkahwinan di sini tapi ia sangat berguna sekali kepada bakal pengantin. Yang akan melalui alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran.

Ditulis oleh Normila Kamal. Cetakan ketiga tahun 2000 terbitan Darul Nu'man. Dengan harga RM 10 sahaja ianya amat berguna sekali.

Sepadan dengan judulnya buku ini mengandungi pelbagai jenis petua.Dari petua di rumah ke petua mencuci pakaian ke petua di dapur ke petua kesihatan dan banyak lagi petua.

Memandangkan sekarang musim kahwin tidak ketinggalan juga petua selepas berkahwin bersalin turut disertakan dalam buku ini. Memang sangat bermanfaat buku ini. Tidak perlu lagi ke mana-mana untuk mendapatkan petua-petua, cukup dengan sebuah buku ini sahaja. Ringkas dan memudahkan.



Lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang amat jarang mengetahui petua-petua orang-orang lama ini. Segan rasanya untuk bertanya kepada orang tua. Lagi-lagi kalau petua yang mengenai diri sendiri. Tidak mahu membuka pekung di dada.



Jadi buku ini amat bersesuaian sekali. Tapi barang harus di ingat. Segala petua-petua itu hanya sekadar tidak lebih dari usaha kita sahaja. Yang menyembuhkan tetap Allah swt.

Sebuah lagi buku yang ada kena mengena dengan musim kenduri kahwin yang terdapat dalam rak mb adalah buku 'Bingkai Cinta Sepasang Merpati'. Ditulis oleh Majdi Fathi Al-Sayyid. Dengan judul asalnya 'az-Zauj al-Mitsaliyyun wa az-Zaujatun al-Mitsaliyyatun'.Diterjemahkan dalam bahasa Indonesia oleh Ibnu Ali.

Buku ini sangat bagus untuk mereka yang baru ingin memilih pasangan hidup atau pun bagi mereka yang telah berumahtangga agar rumahtangga lebih harmoni penuh kasih dan penuh dengan sayang.

Dengan tebal 267 muka surat pasti buku ini akan banyak memberi manfaat dan kebaikan.

Monday, May 26, 2008

Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan


Buku ini da lama dibeli tapi baru sekarang tergerak untuk melihat-lihatkan isi kandungannya. Semenjak terdengar cabaran ahli parlimen PAS ke atas seorang ahli parlimen UMNO dalam parlimen baru-baru ni.

Mana tak nya UMNO ni sibuk kata kononnya macam mereka sahaja yang berjuang bermati-matian membela dan mempertahankan serta membebaskan negara Malaysia dari jajahan bangsa asing.

Cuba bagitau satu nama perjuang UMNO yang terkorban sepanjang perjuangan mencapai kemerdekaan..?Bukkan sahaja tidak menjawab bahkan seperti biasanya mengelak dan melarikan diri mencari tempat selamat.

Kerana itulah mb menyelak-nyelak rak buku mencari buku yang ini. Mungkin ada jawapan pada persoalan itu tadi. Mana lah tau kot-kot terselit sorang dua nama ahli UMNO yang syahid bagi memerdekakan negara ni.

Buku ini ditulis bersama oleh Riduan Mohd Nor dan Mohd Fadli Ghani. Diterbitkan oleh MHI Publication dan dicetak oleh HS Massyi Printing Sdn Bhd setebal 194 muka surat. Yang berada dengan mb adalah cetakan pertama Mei 2007.

Kulit depan buku ini dilatarbelakangi dengan wajah-wajah tokoh-tokoh ulama' yang telah dikuningkan wajah dan persekitarannya bagi menampakkan kesan lama atau mungkin menampakkan kesan sejarah sekali gus memberitahu inilah pejuang-pejuang dulu yang telah berkorban harta dan nyawa bagi memerdekakan negara.

Di kulit depan juga di tulis judul buku ini. " Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan ". Dengan perkataan 'kemerdekaan' itu dimerahkan. Seolah-olah warna merah pada perkataan 'kemerdekaan' itu mewakili darah mereka, ulama'-ulama' tersebut.

Mb harap dengan membaca buku ini mampu menambah tidak banyak, sedikit ilmu mb. Mana-mana yang ingin mengetahui peranan-peranan ulama' (yang biasanya orang memberitahu lagaknya orang-orang yang arif dalam hal agama ini hanya duduk masjid dan surau sahaja)dalam memerdekakan negara sila dapatkan buku ini.

Friday, May 23, 2008

Melihat buku dalam rak..


Selesai membaca 'Keledang' karya A. Samad Said seperti biasa-biasanya jiwa berasa sangat lega. Mata pula terjeling-jeling ke arah rak buku. Melihat-lihat, memikir-mikir buku apa pulak selepas ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...