Wednesday, June 25, 2008

Ayat-ayat Cinta


Baru2 ni mb ke panggung menonton wayang filem yg telah mencetuskn fenomena di negara jiran, Indonesia, bahkn bkn shj filem tp novelnya lg2 mencetuskn ombak tsunami di sana. Ini jg telah memasyhurkn nama penulisnya yg jg merupakn graduan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Filemnya bertajuk 'Ayat-ayat Cinta'. Filem ini diarahkn oleh Hanung Bramantyo. Antara barisan pelakon utamanya ialah Fedi Nuril sbg Fahri, Rianti R. Cartwright sbg Maria, Carissa Putri sbg Aisha dan ramai lg.

Jln ceritanya tiada apa yg berbeda dgn novelnya. Sememangnya ini filem diadakan berpandu pada novel 'Ayat-ayat Cinta' tulisan HabiburRahman el Shirazy.



Kisah Fahri salah seorang pelajar di Universiti Al Azhar Mesir, menjalani hidupnya dengan pelbagai dugaan dan cabaran yg dtg satu demi satu. Sbg seorng pelajar yg pintar malahan dikasihi pula oleh syeikh nya, Fahri menjadi rebutan dan impian byk gadis di sana.

Maria, yg merupakan jiran tmpt Fahri dan rakan2nya menyewa juga telah tertarik dgn keindahan akhlak Islami yg ditunjukkn oleh Fahri. Maria yg tinggal bersama ibunya merupakan seorng penganut agama Kristian Koptik yg makin hari makin dekat hidupnya dgn agama Islam lantarn perkenalan nya dgn Fahri. Nyata Fahri berjaya mengubah pandangan nya terhadap Islam.

Nurul, dia pendam kn rs kasih dan syg nya terhadap Fahri. Akibat terlalu cinta akan Fahri tp terpaksa menyimpan cinta nya di dlm hati akhirnya dia mengalami kejutan yg amat pabila mengetahui Fahri telah berkahwin. Hancur dan luluh jiwa raga Nurul ketika itu. Cinta yg dipendam demi menjaga maruah dirinya sbg seorng wanita Islam tidak kesampaian. Tp Nurul wanita tabah. Lekas faham tentang takdir Tuhan. Dia harus redha dan ketahui Fahri bukan jodohnya.

Suatu perkenalan akibat suatu insiden di dlm train telah mempertemukan Fahri dgn jodohnya, Aisha, wanita berada dr Jerman. Dan mereka berkahwin tidak lama selepas itu. Namun rumah tangga mereka tidak seindah yg dimimpikn.

Seorg gadis bernama Noura telah hadir dan menjadikn hidup Fahri dan Aisha bagaikn neraka. Bagaimana dan kenapa anda kena tontonnya sndiri.

Tp bg mb jika hendak dibuatkn bandingan antara memilih filem dan novelnya, mb akan memilih novelnya. Kerana bg mb apa yg cuba disampaikn oleh Kang Abik (Habiburrahman el Shirazy)dlm novelnya tidak kesampaian dlm filem nya. Membacanya novelnya memberi seribu kepuasan tp tiada kepuasan saat menonton filemnya di pawagam. Ditambah pula dgn gangguan para penonton lain nya yg asyik2 tergelak2 ketika menonton filem ini. Bahagian mana yg lawaknya pn mb tidak mengerti.



Dan mb rs ramai yg sependapat dgn mb. Bg yg telah membaca novelnya pasti akan memilih novelnya berbanding filemnya.

Sebenarnya bermula dr novel ini lah mb mula mengikuti novel2 Kang Abik. 'Dlm Mihrab Cinta, 'Ketika Cinta Bertasbih', 'Di atas Sajadah Cinta' dan ada beberapa lagi. Bg mb jarang ada agamawan yg terlibat dlm dunia sastera ini. Lebih2 lg dlm dunia penulisan novel. Jikalau ada pn karya2nya hanya dipandang sepi oleh kebykkn oleh.

Ada jg yg menyamakan Kang Abik in dgn Buya Hamka. Tp bg mb Hamka berada di tmpt nya yg tersendiri. Hamka jg sgt mb minati. Jika terdapat persamaan antara mereka pn hanya pd bahagian2 kecil shj.

Apa2 pn bg sesipa yg belum menonton ataupn membaca novel 'Ayat-ayat Cinta' sila lah ke pawagam berdekatan atau ke toko2 buku berhampiran. Dapat kn segara sebelum kehabisan.

Tuesday, June 3, 2008

Bercerita kisah mula-mula mengenal buku atau pun lebih tepat lagi mengenal novel, bermula masa zaman sekolah lagi. Tapi semasa itu mengenal buku/novel tidak seperti sekarang.



Novel pertama yang betul-betul mb baca sehingga habis dan membaca dalam keadaan yang tidak terpaksa (ada juga novel yang terpaksa di baca sehingga habis sebelum itu) adalah novel Fauziah Ashari bertajuk Ombak Rindu. Novel terbitan Alaf 21 ini mb mula-mula kenal dari seorang teman yang asyik dengan novel itu. Niat asalnya saja-saja mahu mengusik tapi kemudian terus meminjam Ombak Rindu dari teman dan membacanya sehingga selesai.

Ceritanya pada masa mb membacanya itu sangat menarik. Kerana itu kali pertama membaca novel dengan hati yang rela dan redha. Tapi tidaklah sampai menangis membacanya. Seperti kata teman mb cerita ini sedih sampai boleh menitik air mata saat membacanya. Tapi mb tidaklah se 'touching' itu.

Dan selepas daripada itu mb mula ke kedai-kedai buku mencari novel-novel. Kalau dulu ke kedai buku hanya tengok pada kulit depan dan tajuk buku sahaja. Tapi kini bila dah lama-lama dan bila dah kenal penulis-penulis novel, hanya membeli kepada penulis yang biasa sahaja. Dah tak pandang lagi tajuk ke kulit depan ke. Nampak je nama dia terus beli.

Tapi ada juga sekali-sekala membeli novel-novel yang dirasakan bermutu. Novel-novel bestseller contohnya.

Selepas Ombak Rindu, mb baca Imam karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Terus terang semasa membeli novel ini yang mb tertarik adalah muka depan dia. Latar hitam dengan untaian tasbih berwarna keemasan. Itu sahaja sudah menarik hati mb sebagai pembaca baru untuk membelinya.

Membacanya pada kali pertama memang sedikit keliru dengan watak-wataknya dan jalan ceritanya. Maklumlah sahaja kali pertama. Tapi selepas dua tiga kali di ulang baca ternyata Abdullah Hussain penulis yang sangat baik. Menyusun plot-plot cerita dengan begitu teratur dengan kata-kata indah.

Begitulah perkenalan mb dengan SN Abdullah Hussain. Sejak dari itu mana-mana novel tulisan Abdullah Hussain pasti mb akan berusaha bersungguh membelinya.

Lagi antara novelis yang mb kenal awal-awal dulu ialah Faisal Tehrani. Menerusi novelnya 1511H Kombat. Kebetulan terbaca dalam surat khabar tempatan tentang pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan tahun 2003. Dan pemenang pertamanya kategori novel remaja itulah Faisal Tehrani.



Melihat tajuk sahaja sudah faham kita ini novel tentang peperangan. Novel perang pada masa hadapan. Tidak hairan ia memenangi hadiah pertama. Ceritanya sangat menarik lagi mengujakan. Juga menaikkan semangat jihad yang membaca. Lagi-lagi watak dalam novel ini kebanyakkannya muda belia lagi. Terasa dekat dengan mb masa membacanya.

Latarnya 1511 hijrah. Tahun 2087 Masihi. Gambaran masa hadapan. Dihidangkan perang jenis teknologi. Cyborg, cypher, sarcos, Ababil, Mikraj, hidrogen sianida, dan segala macam teknologi.

Menulis novel ini memerlukan imaginasi yang sangat-sangat tinggi. Dan Faisal Tehrani memilik itu. Gaya bahasa yang digunakan Faisal Tehrani begitu cepat menambat mb untuk membaca lagi dan lagi. Dengan harga RM 24 ianya begitu berbaloi.

Itulah sedikit sebanyak cerita tentang hari-hari awal mb mengenal dan melihat buku. Novel-novel awal itu masih tersimpan dan terjaga dengan elok dalam rak buku mb. Bagi mb ianya adalah harga berharga buat mb. Banyak kenangan saat-saat membacanya.

Monday, June 2, 2008

Seni Beladiri/Jun 2008

Masuk bulan baru kedai yang akan di tuju mesti kedai yang itu-itu juga. Tujuan nya hanya satu. Tujuan pun yang itu-itu juga. Mencari majalah keluaran yang terbaru. Kali ini seperti bulan-bulan yang sudah yang dicari tetap majalah SeniBeladiri. Rasa bertuah kerana menjadi antara yang terawal yang memiliki majalah ini. Sebab selalunya majalah ini akan habis cepat dan tidak akan di ganti pulak tu.

Bulan ini (Jun 2008) isi yang utama dimuka hadapan telah di beri tajuk 'Silat Patani Tari pahlawan yang masih dipelihara'. Di samping beberapa tajuk kecil yang lain. Gambar yang menghiasi keluaran bulan ini adalah dua orang guru Silat Patani iaitu Guru Nawang Ahmad serta Guru Zainun Ahmad. Kedua-dua guru ini berasal dari negeri Kedah.

Wartawan Ahmad Fuad Hamdan telah ke negeri Kedah. Tempat terkumpulnya pendekar-pendekar, panglima-panglima dulu dan sekarang. Atau lebih tepat lagi ke Kampung Charok Beras, Tembak di Sik. Kampung yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk menuntut ilmu kerana diketahui banyaknya gelanggang-gelanggang silat yang terdapat di sini.

Selain itu ada juga kisah tentang Haka Tahir yang telah menjadikan silat lebih dicintai dari segala-galanya. Bagi anda yang belum mengetahui Haka Tahir telah berada di Switzerland selama lebih 51 tahun bagi mengajar dan mengembangkan silat di sana. Itu lah jasa yang mampu dicurahkan oleh guru silat yang telah berusia lebih 90 tahun ini. Yang lebih mengagumkan adalah beliau tidak boleh berjalan.

Untuk mengetahui lebih lagi kisah mengenai Haka Tahir ini sila dapatkan majalah Seni Beladiri keluaran Jun 2008.

Selain itu terdapat juga kisah tentang Wira Cina Huo Yianjia. Kisah tentang pendekar yang berakhir menjadi uzur. Dan banyak lagi cerita-cerita serta aktiviti-aktiviti dunia persilatan yang terdapat di dalam keluaran bulan ini.

Bagi anda yang belum lagi pernah membeli majalah ini, mb sarankan untuk anda cuba membeli kali pertama dan fahamilah bahawa jika tidak kita orang-orang Melayu yang menyokong hasil usaha orang Melayu kita sendiri maka siapa lagi.

Sanggupkah kita untuk melihat majalah yang memperjuangkan dan mengenengahkan guru-guru silat kita serta mempertahankan kehebatan seni silat kita, orang-orang Melayu, lenyap begitu sahaja ?

Tidakkah anda berasa bersalah lantaran anda tidak menyokong majalah ini, ruangan ilmu persilatan kita akan pupus ? Tidakkah anda berasa bersalah ?

Dengan harga serendah RM 5.90 senaskah ia boleh diperolehi di kedai-kedai berhampiran anda. Jika di tempat anda tidak menjual majalah ini sila hubungi mb.

Bersamalah kita menyokong langkah mulia orang-orang ini dalam memartabatkan Seni Silat kita di mata dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...