Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.
Kita akan melihat warna merah di serata tempat sepanjang perayaan berlangsung. 'Warna ong' menurut kepercayaan mereka. Juga dengan selesainya isu azan di Lembah Pantai, dengan pengadu telah memohon maaf secara terbuka, dan disambut baik oleh masyarakat Islam, maka perayaan Tahun Baru Cina ini akan lebih meriah, juga 'lebih ong' dan lebih satu Malaysia tanpa sebarang rasa tidak selesa di kalangan rakyat. (Bagi yang ketinggalan mengikuti kontrovesi berkaitan peguam Cina vs azan Subuh, boleh meletakkan kata 'azan lembah pantai' di ruangan Google search kalian untuk membaca kronologinya.)
Maka telah wajib pula bagi negara Malaysia...
apabila terdapat perayaan mana-mana bangsa atau agama, akan diberikan cuti umum kepada semua. Bermakna kita akan bercuti lagi pada Tahun Baru Cina itu. Bercuti lagi setelah bercuti pada perayaan Thaipusam yang baru berlangsung dengan kemeriahan berganda-ganda di Batu Caves, dan juga bagi mereka yang bekerja di Wilayah Persekutuan ada cuti lagi pada 1 Februari sempena Hari Penubuhan Wilayah Persekutuan. Juga nanti pada 15 Februari kita bercuti lagi sempena sambutan Maulidur Rasul pula. Kaya dengan cuti sebenarnya kalendar kita. Itulah 'kelebihan' negara berbilang bangsa.
Buku yang akan saya entrikan pada kali ini berjudul 'Bagaimana Memulakan Perniagaan'. Sebuah buku yang agak lama sebenarnya, cetakan pertama tahun 2004 terbitan PTS Professional. Sehingga kini ia telah diulang cetak sebanyak empat kali. Cetakan keempat pada tahun 2009.
Seperti mana yang tertulis pada tajuknya, buku ini membicarakan mengenai bagaimana kita mahu memulakan perniagaan. Bisnes. Langkah-langkah yang perlu diambil sedari awal sehingga perniagaan kita dapat dibangunkan.
Sebuah buku yang agak menarik juga bagi saya. Memberi panduan dan asas kepada mereka yang bercita-cita mahu memulakan perniagaan sendiri. Kandungannya boleh dikatakan 'mesra pelanggan' dengan isi-isi yang mengandungi maklumat penting bagi seseorang usahawan.
Selain memberikan segala infomasi dan perkara-perkara teknikal berkaitan dengan membuka perniagaan, buku ini juga menyediakan contoh-contoh bagi memudahkan pembaca memahaminya. Salah satunya apabila membicarakan mengenai peri penting membuat Rancangan Perniagaan. Buku ini tidak sahaja memberikan isi-isi yang perlu ada dalam sesebuah Rancangan Perniagaan, namun juga turut disertakan contoh Rancangan Perniagaan itu sendiri.
Lalu, apa pula kaitan antara cuti raya Tahun Baru Cina diawal entri dengan buku ini?
Begini.
Saya, alhamdulillah dapat menjalankan perniagaan sendiri sejak beberapa tahun yang lepas. Dan antara perkara yang perlu diambil berat ketika musim cuti Tahun Baru Cina ini adalah berkenaan dengan stok barangan.
Seperti yang kita telah sedia maklum, pabila tiba Tahun Baru Cina ini, masyarakat kaum Cina akan bercuti panjang. Terutama kepada mereka yang mengusahakan bisnes sendiri. Kadang kala cuti mereka akan berlanjutan selama 7-10 hari. Sepanjang perayaan ini mereka akan bercuti atau melancong dan berehat sepuas-puasnya.
Mungkin bagi yang bekerja 'makan gaji' perkara ini bukan satu hal yang besar. Orang Cina nak cuti lama itu hak mereka. Mereka buka kedai, mereka tutup kedai, untung rugi mereka yang tanggung. Tiada bersangkutan sedikitpun dengan kita. Tetapi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan sendiri ini, perkara 'kedai Cina cuti panjang' ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada perniagaan mereka sendiri.
Mana tidaknya, kebiasaan kedai-kedai milik orang Melayu yang menjalankan perniagaan sendiri ini akan mendapatkan bekalan bahan mentah dari kilang-kilang orang Cina. Tidak kiralah dari sekecil-kecil barang seperti barangan hardware atau sebesar-besar barang seperti mesin-mesin. Kebanyakan bekalan ini akan dibeli dari kedai milik orang Cina.
Maka bilamana orang Cina bercuti panjang, peniaga-peniaga Melayu ini akan kekurangan atau saja kehabisan stok barangan untuk perniagaan mereka. Bila perkara ini berlaku, mereka, peniaga Melayu, terpaksa menangguhkan pesanan atau urusan jual beli mereka dengan pelanggan. Lebih buruk lagi, sesetengah urusan perniagaan terpaksa dibatalkan pula kerana lewat penghantarannya. Perkara ini sangat malang dan tidak baik untuk peniaga dan pelanggan.
Tapi kebelakangan ini kita dapat melihat muncul beberapa kedai milikan orang Melayu yang menjual barangan-barangan mentah atau hardware ini di sana sini. Ini mungkin suatu yang positif bagi usahawan Melayu. Tapi kedai hardware Melayu ini juga sebenarnya masih mendapatkan stok mereka dari kilang-kilang Cina yang besar!
Maka kerana itulah buku 'Bagaimana Memulakan Perniagaan' ini didatangkan di dalam bahasa Melayu bagi memudahkan orang Melayu membeli dan mempelajari selok belok untuk memasuki dunia bisnes ini. Dengan harapan akan melahirkan lebih ramai lagi usahawan bumiputera dan secara tidak langsung kita akan melihat kebergantungan kepada orang Cina tidak terlalu menonjol.
Ini bukan perkara perkauman atau rasis yang cuba disampaikan. Tetapi sekadar melihat nasib peniaga Melayu di bumi Malaysia apabila Cina bercuti.

Buku ini ditulis oleh Tuan Jamaluddin Che Sab yakni merupakan bekas pensyarah di Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC), UiTM Shah Alam. Dijual pada harga RM 17 sahaja. Boleh dibeli di toko-toko buku berhampiran. Atau pesan sahaja lewat laman sesawang bookcafe dengan harga diskaun! Atau bisa saja klik sini.
Tetapi tidaklah akan menjadi peniaga yang berjaya jika setakat membaca buku ini sebuah sahaja. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memantapkan diri dalam dunia perniagaan dan keusahawanan ini. Buku ini sekadar membantu secara asasnya sahaja. Boleh juga menambahkan ilmu dan keyakinan dalam bisnes yang diceburi dengan menghadiri seminar-seminar, dan kursus-kursus yang diadakan.
**Kenal dengan Datuk Lat? Budak Kampung? Kenal? Entri akan datang membicarakan mengenai Datuk Lat, Awie, Budak Kampung, dan Istana Budaya.**
No comments:
Post a Comment