Saturday, April 14, 2012

Bisik - Syaihan Syafiq

1. Pertama, terima kasih kepada Fixi kerana memberi secara percuma buku ini.

2. Kedua, kerana ia sedap, kena beli sendiri pun saya tidak kisah. Akan ke kedai membeli dan membaca dan menjadi suka dengannya.

3. Sebenarnya saya tak mencatat sebarang nota semasa membaca novel ini.

4. Selepas selesai membaca, baru terasa, ah rugi pulak tak tulis benda penting dalam bab-bab Bisik ini.

5. Sebuah novel thriller. Dalam tweet saya ada menyebut tentang peminat novel thriller gaya Ramlee Awang Murshid boleh cuba membaca novel ini. Dalam blog juga saya mahu sebut perkara yang sama. Penuh teka-teki sampai penghujung, sarat simbol-simbol untuk ditelaah dan difahami pembaca. Menarik. Saya dapat rasa peminat RAM akan jatuh suka juga dengan novel ini.

6. Suatu yang tak mustahak, tapi mahu saya sebutkan di sini, iaitu novel ini kurang aksi erotiknya. Yakni suatu yang bagus menurut saya. Tetapi ia agak ironis bila dilihat dengan watak-wataknya, yang kebanyakannya adalah 'orang macam kita'.

7. Seperti yang saya tulis tadi, saya tak mengambil sebarang nota ketika membaca novel ini. Kerana itu ada beberapa simbol atau isyarat yang cuba dihantar penulis yang pada awalnya ketika membacanya, mahu saya catatkan di blog ini, tetapi telah saya terlupa.

8. Yang saya ingat hanya satu. Iaitu di babak akhir, ketika Mikael dapat melihat ibunya semula dalam pakaian ala-ala kampung dan tidak berbaju ketat tanpa lengan seperti selalu. Ini merupakan sebuah gambaran, bayangan emak yang diingini oleh Mikael. Dia mahukan seorang emak yang bersopan-santun, penyayang, dapat membelainya dengan penuh kasih. Dia rindukan itu.

9. Perkara itu sangat berlawan dengan realitinya, yakni emaknya seorang pelacur. (Saya tak pasti betul ke emak dia pelacur? Tapi yang pasti emak dia tak jaga dia dengan baik, dia selalu diabaikan)

10. Kerana tidak dipedulikan itulah Mikael mula mencipta dunianya sendiri. Menghadirkan sebuah halusinasi terhadap kenyataan yang tidak seperti dia mahukan. Ketika itulah bisik-bisik suara mula datang kepadanya.

11. Dia seperti menonton Bunohan. Satu baris dialog boleh membawa penonton untuk memahamkan keseluruhan cerita. Satu babak tanpa suara, boleh menunjukkan penonton jalan keluar kepada konfliknya.

12. Sebab tak catit nota, saya rasa cukup setakat ini entri buku ini. Buat penulis Syaihan Syafiq, tahniah dari saya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...