1. Aci tak kalau saya kata inilah novel tersedap yang dibaca sepanjang tahun 2012, aci tak?
2. Walaupun baru membaca dua buah novel, satu Penyeberang Sempadan oleh sasterawan negara Anwar Ridhwan, dan dua novel Cekik oleh Ridhwan Saidi, perhatikan persamaan nama mereka, tetapi novel Cekik ini lebih mencekik bacaan saya banding dengan Penyeberang Sempadan yang memenangi Hadiah Sako 3 baru-baru ini.
3. Walaupun suka dengan novel ini, bahkan sangat suka, namun saya tidak akan syorkan atau menjadikan ia sebagai hadiah hari lahir kepada kawan-kawan buat masa ini, juga mungkin buat masa-masa yang akan datang.
4. Pembaca yang membaca entri ini, dan berkenan serta tertarik untuk membeli novel ini, jangan kreditkan dan jangan libatkan saya dengan kesan serta akibat yang mungkin akan berlaku kepada diri dan fikiran saudara apabila selesai mengkhatamkan novel ini.
5. Bayangkan sebuah filem yang bagus, lokal ataupun internasional, skripnya, pelakonnya, sinematografinya, dan lain-lainnya, yang bercerita tentang satu gagasan pemikiran yang besar, yang berjaya melahirkan kesan-kesan perubahan di kalangan mereka yang menontonnya, tetapi setiap tiga puluh minit, filemnya diselitkan dengan adegan-adegan ranjang, asmara, sanggama, mukah, jimak, zina, liwat, di antara para pelakonnya.
6. Tahniah buat Ridhwan Saidi. Saya membacanya dengan tumpuan yang penuh sehingga tidak mahu memberhentikan bacaan untuk mengetahui kisah selanjutnya.
7. Sekali lagi, selepas membaca Amerika, saya tertarik dengan gaya penulis ini. Dia menulis dengan meletakkan pecahan-pecahan kecil magnet ke atas setiap patah perkataannya. Membuatkan pembaca yang membaca akan ditarik dan melekat sama tanpa dapat diceraikan lagi.
8. Cuma mungkin saya kurang bersetuju dengan perkara seks yang dibawanya. Lain dari itu, sungguh mengagumkan. Ceritanya dengan plot yang tidak disusun, begitu mencabar kebolehan membaca pembaca, karakter watak-wataknya, menarik.
9. Apa yang mungkin boleh saya kongsikan sedikit, Cekik adalah tentang masa depan yang kelam, dan kucar-kacir pewaris-pewaris, generasi sekarang. Sehingga teruknya manusia ketika itu, hasil dari didikan manusia masa kini, ibu bersekedudukan dengan anak sendiri, bapa yang kerjanya menjadi imam meliwat anak sendiri, kekeluargaan yang hancur, serta kebejatan fikiran manusia terhadap agama.
10. Di dalam Cekik juga penulis menghantarkan sebuah isyarat bahawa orang bandar ke, orang kampung ke, zaman sekarang sudah tidak ada beza. Kalau orang di bandar itu teruk, rosak maka di kampung juga orangnya teruk dan rosak. Bahkan dalam novel ini, seorang gadis remaja yang asal di bandar dan tinggal menetap sementara di kampung, telah diperkosa oleh orang di sana, sehingga melahirkan anak.
11. Selain itu, banyak perkara-perkara menarik dan merepek yang cuba penulis terokai.
12. Dalam twitternya beberapa hari sebelum ini, Ridhwan Saidi mentweetkan tentang tulisan terbarunya yang sedang dalam pembikinan. Saya mengharapkan sesuatu yang sedap juga dalam novelnya itu, dan kalau boleh, mahu bebas seks dan porno. Ingin sekali membaca tulisan penulis ini yang suci tanpa 18sx.

No comments:
Post a Comment