1. Menghimpunkan 15 cerpen daripada penulis Rebecca Ilham atau nama sebenarnya Hazwani Binti Rameli. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd, cetakan pertama tahun 2010.
2. Membaca cerpen-cerpen di dalam KUBB sepertinya meninggalkan kesan yang beza berbanding cerpen-cerpen yang pernah dibaca sebelum ini. Tulisan Rebecca Ilham punyai sentuhan dan tarikan yang tersendiri. Mencabar intelektual para pembaca.
3. Gaya dan persembahan Rebecca Ilham di dalam setiap cerpennya begitu unik, kalau boleh saya berkata begitu. Pemilihan diksi dan kosa kata yang digunakan begitu asing dan sebetulnya telah melanggar jaluran konvensi rakan-rakan penulis yang lainnya.
4. Keupayaan beliau untuk memberikan gambaran suasana dalam setiap penceritaannya begitu memperlihatkan kelainan yang cuba dibawa oleh penulis muda ini.
"Cubaan mencairkan sebuah penolakan disambut deraian tawa yang membingitkan gegendang. Yasmin mengejapkan ramasan pada jari-jemari Amra yang terganggu oleh perubahan watak si bapa saudara. Ekor mata tajam mengerling tampang Mehmet di sebelah. Lelaki itu menceber, tetapi ubun-ubun Amra segera diusap menenangkan." (ms 61)
"Saya mengerling tampang Baba yang tekun menekur meja sepanjang saya berkisah. Kura tangannya saya kuit sekali, mendesak penglipur lara pujaan menyambung riwayat lisan. Baba keberatan, namun saya konsisten menggesa. Dia mendehem perlahan." (ms 75)
"Salwa kekagetan, terburu mengejar lif ke aras 16. Sebaik selamat dikurung privasi kamar peribadi, tangannya bingkas bekerja. Kertas pembalut dikoyak rakus, manakala kotak kadbod dibuka tergesa. Salwa hampir terjerit apabila jemari mengangkat, mengeluarkan isi." (ms 89)
5. Kimono Ungu Bersulam Bunga adalah judul bagi sebuah cerpen yang terdapat di dalam buku ini. Cerpen yang berkisar mengenai kedudukan sosial wanita berbanding dengan lelaki. Latar cerpen diambil di dalam sebuah restauran di Jepun. Kerana itu dipilih kimono-baju labuh yang menjadi pakaian kebangsaan orang Jepun, sebagai judulnya. Jepun sebuah negara yang mengamalkan konsep patriarki-sistem masyarakat yang sebahagian besar kekuasaannya di pegang oleh kaum lelaki.
6. Selain itu terdapat juga cerpen, Langit Lazuardi, Jalan Jauh ke Ramallah, Mencari Tuhan di Celahan Cambrian, Menjadi Naurah, Puing Derita Bosnia dan Herzegovina, Perca-perca Cinta Untuk Palestina, Angin pada Mekar Kuntum Sakura, Jus Soli Jus Sanguinis, Harapan Di Hujung Cebis Doa, Di Bawah Langit Manchester (Rebecca Ilham peminat pasukan bola sepak Man Utd), Senja-Senja Brasilia, Yang Aneh Itu Lelaki, Fajar Sidik di Sierra Morena, dan Protokol Cinta. 15 kesemuanya.
7. Kita dapat merasakan sensitiviti penulis terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling, di dalam setiap tulisannya. Isu Palestin, Zionis, Hamas-Fatah, Teori Darwin, minyak, biodiesel, sehingga ke perkara bencana alam turut penulis bermain dengan imaginasinya menghasilkan sebuah cerpen yang sarat dengan ilmu sains, sejarah dunia, politik, dan keTuhanan.
8. Protokol Cinta. Sebuah cerpen yang menurut saya sangat sesuai dibaca dan dijadikan renungan bersama terhadap apa yang kita panggil musibah atau bencana alam yang semakin kerap berlaku sekarang. Terbaru, apa yang berlaku di negara Jepun, tsunami berukuran 9 pada skala richter.
9. Cerpen ini menyajikan kepada pembaca, dialog di antara seorang pelajar Malaysia, Dhaliza, bersama dengan profesornya, Prof. Dominique. Berkenaan dengan bencana alam. Yang mana, seperti lazim kita disogokkan dengan pernyataan bahawa setiap bencana alam yang berlaku adalah disebabkan oleh, sama ada gempa bumi, banjir kilat, kemarau, dan sebagainya, adalah kerana peningkatan suhu bumi, pemanasan global, atau paling tidak, ada istilah-istilah lain yang para meteorlogis kemukakan untuk menjawab mengapa dan bagaimana sesuatu bencana itu boleh terjadi.
"Pemanasan global disebabkan kegiatan manusia, atau dirujuk para saintis sebagai anthropogenic global warming untuk membezakannya dengan proses pemanasan semula jadi. Saya faham itu, cuma saya tidak nampak, belum nampak kesesuaian istilah retaliasi yang kamu gunakan. Bencana alam seperti banjir besar, hujan lebat, dan kemarau panjang merupakan kelangsungan peningkatan suhu bumi. Kamu tahu bukan.." (ms 170)
10. Perkataan retaliasi itulah yang sebenarnya kita terlupa atau yang lebih tepat, kita dilupakan. Dengan segala fakta sains yang dikemukakan setiap kali berlaku bencana, jarang kita di beritahu bahawa segala apa yang terjadi itu adalah akibat dari balas dendam, protesan, dan amukkan bumi sendiri terhadap penghuni-penghuninya. Retaliasi. Bumi kini seolah tidak rela lagi dengan segala kegiatan dan kelakuan manusia yang melakukan 'kemungkaran' ke atas perut dan langitnya. Bumi membantah dengan mendatangkan seribu satu malapetaka buat manusia-manusia di atasnya supaya mereka sedar.
11. Penulis mengaitkan perkara ini dengan agama. Bahawa setiap kerosakkan yang berlaku di muka bumi adalah disebabkan tangan-tangan manusia jua.
"Sebagai seorang Muslim, Prof, saya percayakan kewujudan suatu kuasa besar yang mengatasi segala kudrat manusia. Saya yakin sepenuh hati, retaliasi alam ini adalah peringatan daripada kuasa tertinggi itu agar manusia lebih bijaksana dalam menguruskan alam sekitar." (ms 172)
12. Dan pembaca dibawa kepada peleraiannya bahawa manusia itu sendiri harus kembali kepada fitrahnya. Tanggungjawab bersama 'menjaga' alam perlu disemai di dalam dada setiap manusia.
"Punca kegawatan alam adalah kegagalan manusia mengurus secara bijaksana. Untuk mengatasi permasalahan ini, manusia hendaklah kembali kepada fitrah. Manusia itu dilahirkan sebagai khalifah, atau sebutan mudahnya, pemimpin." (ms 173)
13. Pada bahagian epilog, penulis membawa pembaca kembali kepada Al-Quran dalam memahami bahawa segala bencana yang berlaku pada hari ini adalah amaran dan petunjuk dari Yang Maha Kuasa supaya manusia lekas-lekas menyedari dan menginsafi.
"Maaflah. Kuliah Maghrib di Pusat Islam terlajak panjang. Pengisiannya menarik, tentang letusan gunung berapi di Pompeii dan kaitannya dengan kebobrokan masyarakat pada masa itu. Sayang nak ditinggalkan separuh-separuh." (ms 175)
14. Walaupun cerpen-cerpen di dalam buku ini kedengarannya amat sarat dengan hujah-hujah, fakta-fakta, sejarah-sejarah, namun pelbagai lambakan ilmu itulah yang bakal meninggalkan kesan mendalam terhadap pembaca. Kesan itulah sebenarnya yang wajar ditinggalkan penulis yang menulis dalam genre cerpen ini. Tentulah tidak sama antara menulis cerpen dan novel. Penyampaian cerpen harus ringkas, padat, dan tepat, sambil membawa mesej-mesej yang apabila membacanya, pembaca tidak hanya berhenti berfikir di noktah terakhir, tetapi membawa fikiran itu ke alam realiti terus menerus.
15. Kalau boleh saya mahu mengucapkan syabas kepada Rebecca Ilham. Selepas membaca ke semua 15 cerpen beliau di dalam buku ini, pastinya saya tidak sabar-sabar menunggu buah tangan terbaru dari beliau. Dan harapannya adalah buah tangan terbaru itu adalah sebuah novel.
16. O ya, sebelum terlupa. Rasanya antara sebab mengapa saya lambat memiliki Kimono Ungu Bersulam Bunga ini, buku ini terbit kali pertama Mei 2010 dan saya hanya membacanya pada Mac 2011, adalah kerana kulit bukunya. Tidak mengerti mengapa perlu memfokus pada muka seorang wanita untuk menjadi kavernya. Dengan segala warna di mata wanita tersebut, background yang 'kotor' dengan apa benda, ranting? Memang agak kurang menarik perhatian untuk memilikinya. Ya mengerti, memang cerpen Kimono Ungu Bersulam Bunga adalah mengenai Salwa, yang memperkatakan tentang feminisme, tetapi, mungkin kaver kulitnya boleh diperbaiki.
17. Jika mencari kelainan, dan kesegaran dalam bacaan, buku ini harus dijadikan pilihan. Ingat nama ini, Rebecca Ilham.
18. Boleh dibeli di kebanyakan toko-toko buku ternama. Atau tempah sahaja lewat MPHOnline dengan tiada caj penghantaran!

3 comments:
its has been a long time i didn't read any malay book..
Mungkin boleh mula kembali membaca dengan buku Rebecca Ilham ini.
Salam.
Tuan, terima kasih atas ulasan ini, dan kerana sudi membaca Kimono Ungu. Semoga ianya bermanfaat untuk kita bersama.
-RI
Post a Comment