Monday, April 25, 2011

Anak Titiwangsa - SN Keris Mas

1. Novel ini kali pertama diterbitkan pada tahun 1967. Sepuluh tahun selepas negara Malaysia mencapai kemerdekaannya. Dan kini novel ini telah diulang cetak sebanyak 6 kali. Yang berada pada saya ini adalah edisi kedua cetakan kedua tahun 2010. Versi paling baru daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Keris Mas melalui novel Anak Titiwangsa membawa pembaca menghayati kisah perjalanan hidup seorang anak remaja yang sedang giat tumbuh membesar dalam mengenal erti kehidupan yang sebenarnya.

Friday, April 22, 2011

Menerjang Badai : 60 Tahun Mempersada Perjuangan

1. Kehadiran buku ini, pertama kalinya adalah untuk menjawab, membalas hujah, terhadap buku yang ditulis oleh Dr Mujahid Yusof, terbitan The Malaysian Insider Sdn Bhd yang berjudul Menuju PAS Baru Krisis, Pejuang Dan Dinamisme.

2. Dikarang oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor, seorang aktivis PAS yang tidak asing, yang banyak menghasilkan buku-buku untuk bacaan khalayak ramai.

Monday, April 4, 2011

Sebongkah Batu Di Kuala Berang - Faisal Tehrani

1. Novel paling kini daripada penulis Faisal Tehrani. Terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd. Terbitan pertama tahun 2011.

2. Sebongkah Batu Di Kuala Berang merujuk kepada batu bersurat di Terengganu yang menjadi bahan bukti kehadiran agama Islam di Tanah Melayu.

3. Novel ini mengenai sejarah batu itu sendiri yang cuba didokumentasikan oleh sekumpulan pelajar sebuah institusi , Akademi Seni Islam sebagai tugasan akhir mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...