Thursday, February 24, 2011

Musafir - Hasan Ali

Novel ini diterbitkan kali pertama pada tahun 1959 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Memenangi tempat kedua (tempat pertama tiada pemenang) dalam pertandingan mengarang novel anjuran DBP pada tahun 1958. Mengalahkan 48 buah novel yang lainnya termasuklah novel Gerhana, yang mana kemudiannya ditukar menjadi Salina, tulisan A. Samad Said.

Monday, February 14, 2011

Puisi Rendra buat Mubarak

video

Dalam satu laporan media menyebutkan bahawa harta yang dimiliki oleh bekas pemimpin Mesir ini berserta kaum keluarganya bernilai berbilion-bilion dolar, bahkan lebih lagi. Sedang dalam masa yang sama, ada di antara rakyatnya yang berpendapatan hanya 2 dolar sehari.

Mendengar itu, saya menjadi teringat kepada puisi gemulah Rendra, Doa Orang Lapar ini.

Puisi ini boleh didapati di dalam buku Puisi-puisi Rendra terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Buku ini agak lama, sukar rasanya untuk berjumpa di toko-toko buku popular. Tapi boleh dicari di laman web Dawama. Rasanya ada lagi beberapa stok.

Atau jika mahu, boleh berkunjung ke Amcorp Mall, Petaling Jaya pada hujung minggu. Ada seorang peniaga yang membuka meja menjual buku-buku lama. Boleh didapatkan di situ.

*Selepas dari ini, bila-bila kalian terserempak dengan burung gagak, cuba-cubalah mengingat puisi ini, cuba-cubalah mendengar doa orang lapar, cuba-cubalah.

**tawas = garam galian berwarna putih serta kelat rasanya

Thursday, February 10, 2011

Dalam Mihrab Cinta - The Romance

Ok. Lama dahulu, jika kalian masih ingat, Habiburrahman ada menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Dalam Mihrab Cinta. Sebuah buku yang mengandungi beberapa novelet di dalamnya. Antaranya Takbir Cinta Zahrana, Mahkota Cinta dan termasuklah sebuah novelet yang berjudul Dalam Mihrab Cinta itu sendiri. Buku ini diterbitkan untuk cetakan pertama, versi hard cover, pada tahun 2007.

Dan buku terbaru, Dalam Mihrab Cinta The Romance (Disember 2010) ini adalah pelengkapnya. Sambungan terhadap novelet tersebut.

Jika yang telah membaca Dalam Mihrab Cinta versi novelet itu pasti akan ingat bagaimana Habiburrahman menggantungkan penamatnya. Mari saya tuliskan sedikit.

Tuesday, February 8, 2011

Bendera Di Atas Bukit & Rumah Rahsia - A. Samad Said

Kedua-dua buah buku ini adalah terbitan PTS Fortuna Sdn Bhd yang mana edisi asalnya adalah terbitan Wira Bukit yang diterbitkan dalam tahun 2008.

Kehadiran dua buah buku ini, dengan tampilan yang lebih 'mesra remaja', adalah suatu usaha yang patut dipuji. PTS memang dikenali dengan buku-buku keluaran mereka yang memiliki kualiti 'luaran' mahupun 'dalaman'. Sesuai benar dengan 'slogan' mereka, 'memandaikan bangsa'.

Secara peribadi, saya pernah bersemuka dengan orang yang disebalik syarikat PTS ini, Puan Ainon Muhammad di kediamannya di Janda Baik, Pahang. Seorang yang memiliki wawasan dan pandangan yang jauh, juga sangat memotivasikan.

Menerbitkan semula kedua buah karya Pak Samad ini boleh dilihat sebagai suatu usaha beliau dan tim PTSnya bagi membawa tulisan-tulisan yang bermutu dari penulis-penulis hebat negara kepada khalayak, lebih-lebih lagi kepada para remaja.

Tuesday, February 1, 2011

Mat Som - Datuk Lat (episod 2)


Ok. Buku Mat Som yang berada pada saya ini adalah terbitan Berita Publishing Sdn Bhd, cetakan kedua tahun 2006. Naskhah asal bagi buku ini telah diterbitkan oleh Kampung Boy Sdn Bhd. Ini adalah edisi Bahasa Melayu. Namun saya kurang periksa jika di toko-toko buku masih terdapat buku ini.

Ok. Kisah Mat Som ini adalah mengenai Mat Som itu sendiri (watak utama di dalam buku ini) yang berhijrah ke kota dari desa, dan bekerja sebagai penulis bebas. Menjadi penulis waktu itu tidak ada apa yang lumayannya. Begitulah juga nasib Mat Som ini. Kehidupannya di kota raya hanya cukup-cukup makan sahaja.  

Namun memandangkan dia masih bujang, dan muda pula, cara hidup yang begitu tidak seberapa merunsingkan fikirannya. Dia lekas menyesuaikan diri dengan keadaannya itu.

Tapi pada suatu hari, datang surat daripada ayahanda tercinta meminta dia untuk berkahwin (berkenal-kenalan dahulu pastinya, sebelum kahwin) dengan seorang gadis sekampung dengannya yang kebetulan sekarang sedang bertugas di ibu kota.

Kerana permintaan ayahandanya yang satu inilah cerita Mat Som ini berkisar. Dia merasa dirinya belum sedia untuk berumahtangga tetapi tidak sanggup pula untuk menolak saranan ayahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...